berita

Kerana Kotak Biru Misteri, Kali Ini Team OHBULAN! Diterbangkan Ke Singapura!

October 17th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Seperti yang dijanjikan, artikel kali ini adalah sambungan daripada peristiwa kotak misteri tanpa nama yang dihantar ke OHBULAN! beberapa minggu yang lalu.

Kalau sebelum ni kami berpeluang naik supercar McLaren di Litar Antarabangsa Sepang, tapi kali ni tuah hashtag #todayiwill terbangkan kami ke Singapura pula.

Hari pertama

Memandangkan di Sepang tempoh hari kami diberi layanan istimewa macam VVIP, so admin dapat expect kali ni tak mustahil kami bakal dilayan macam anak raja pulak. Haha

Setibanya di Singapura, kami terus dibawa ke sebuah restoran makanan Jepun yang terkemuka di negara itu iaitu Koma. Hidangan sushi dekat sini memang terbaik wei.

Boleh dikatakan ini pun dah jadi mimpi indah untuk admin sebab kebetulan admin memang penggemar setia makanan laut. Sampai tak larat nak bangun dari tempat duduklah.

Sepanjang hari pertama kami di Singapura, kami dibawa pusing keliling bandar sambil menikmati pemandangan indah serba moden di negara jiran kita. Memang melopong jugaklah.

Hari kedua

Belayar di perairan Singapura

Awal pagi lagi kami semua dah siap dan bersedia untuk enjoy aktiviti seterusnya. Pagi ini kami dibawa menuju ke sebuah kawasan pelabuhan dan dimaklumkan akan dibawa belayar menaiki kapal mewah merentasi perairan Singapura.

Cuaca pagi itu cukup menyenangkan. Langit yang cerah, angin sejuk dan cahaya matahari pagi buat kami terlebih selesa. Saat kapal mula belayar, admin sempat lelapkan mata sekejap di atas dek kapal.

Tak lama selepas itu, kami singgah di suatu perhentian untuk enjoy aktiviti barbeque dan minuman ringan. Bila matahari mula terpacak dekat atas kepala, barulah kami semua berangkat pulang ke pelabuhan dan destinasi kami yang seterusnya ialah Litar Formula 1 Singapura!

Formula 1 Paddock Club

Sampai saja di pelabuhan, kami semua bersiap dan terus menuju ke Litar Formula 1 untuk merasai sendiri pengalaman berada di Paddock Club.

Kalau korang nak tahu, di Paddock Club ni kami bukan saja dapat duduk bersantai di kerusi empuk yang selesa, tapi kami juga diberi akses untuk masuk ke spa, dihidangkan dengan makanan mewah dan berpeluang menonton persembahan live secara PERCUMA!

Berpeluang berjumpa Carlos Sainz dan Mika Haikannen!

Paling best, kami juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pelumba terkenal pasukan McLaren iaitu Carlos Sainz dan Mika Haikannen. Memang melompat seronok la wei!

Terima layanan kelas pertama di Paddock Club

Apa yang pasti, sepanjang berada di Paddock Club, pihak McLaren memberi layanan baik kepada kami dan kami diberi peluang untuk melihat sendiri secara dekat bagaimana mekanik dan jurutera membuat persiapan kereta Formula 1 supaya kenderaan tersebut berada dalam keadaan sempurna sebelum perlumbaan.

Walaupun perlumbaan yang dijadualkan pada hari Sabtu hanya perlumbaan kelayakan, tetapi jurutera dan mekanik mereka tetap bekerja keras untuk memastikan pasukan McLaren layak dan berada dalam kedudukan teratas.

Kami juga sempat berlegar-legar di sekitar pit lane untuk melihat garaj pasukan lain dan nampaknya mereka masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir sebelum perlumbaan.

Perlumbaan kelayakan bermula

Perlumbaan bermula sekitar pukul 9 malam. Sekali lagi, kami berpeluang menuju ke garaj pasukan dan admin teruja melihat kecekapan jurutera dan mekanik bekerja setiap kali jentera Formula 1 masuk ke lorong pit.

Ada hampir 20 orang krew di dalam satu garaj dan mereka semua bekerjasama satu sama lain. Walaupun semua orang nampak berlari ke sana sini mendapatkan peralatan, tiada siapa yang bertembung atau berlanggar sesama sendiri. Memang terbaik wei!

Akhirnya, pemandu McLaren berjaya melayakkan diri dan tersenarai dalam Top 10, dengan Carlos Sainz mendapat P7 dan Lando Norris ketinggalan di belakang pada P9.

Hari ketiga

Sarapan pagi di restoran milik Gordon Ramsay

Keesokan harinya kami menuju ke Bread Street iaitu sebuah restoran terkenal milik chef terkenal dunia, Gordon Ramsay. Kami difahamkan, reka bentuknya seakan-akan serupa dengan restoran dengan nama yang sama di England.

Memandangkan hidangan makanan di restoran ini sangat sedap, kami sempat berseleroh yang kami tidak keberatan untuk dengar suara Gordon Ramsay menjerit ketika kami sedang makan. Hehe

Inilah hari perlumbaan sebenar!

Selepas sarapan, kami kembali ke Paddock Club untuk menonton kejohanan Formula 1. Tapi sebelum tu kami berpeluang menonton dahulu konsert secara live daripada Hans Zimmer.

Persembahan beliau cukup mengagumkan siap diiringi orkestra tempatan Singapura. Antara yang dipersembahkan ialah lagu tema dari filem Inception, Pirates of the Caribbean, dan Man of Steel.

Bila dengar je lagu-lagu ini dimainkan, semua orang beri tumpuan penuh pada mereka. Seingat admin, ada satu lagu yang buat semua orang bersorak paling kuat iaitu ‘Circle of Life’ dari filem Lion King.

Selepas beberapa ketika, kami kembali ke Paddock Club untuk menonton perlumbaan. Pada waktu ini situasi sedikit cemas kerana salah seorang pemandu McLaren, Carlos Sainz berhadapan beberapa isu kereta pada permulaan perlumbaan.

Namun beliau tidak berputus asa dan berjaya mencuri kedudukan ke-12 selepas ketinggalan di belakang dalam satu pusingan.

Rakan sepasukannya, Lando Norris pula berjaya mendapat tempat lebih baik iaitu berada pada kedudukan ke-7. Walaupun kedudukan tersebut bukan penamat podium, tetapi seluruh pasukan McLaren sudah cukup berbangga dengan kejayaan kedua-dua pelumba mereka.

Pengalaman hebat kami di Singapura diakhiri dengan penutup yang sangat gempak iaitu berpeluang menonton konsert live daripada Red Hot Chili Peppers.

Secara keseluruhannya, ini adalah pengalaman paling berharga buat kami sebab dapat menonton Formula 1 secara langsung, dapat enjoy konsert daripada artis terkenal, makan malam mewah, dan dapat berpesta di lokasi yang paling berprestij di Singapura dan Asia.

Ini adalah pengalaman yang tak dapat kami lupakan dan sejujurnya Glo dah berjaya buktikan mereka adalah penganjur acara terbaik yang pernah kami kunjungi.

Kalau korang nak tahu lebih banyak event menarik dan best yang akan datang, korang boleh follow laman Instagram mereka glo_malaysia.