berita

Kerana Tersalah Tag Foto Nama Lelaki Lain Di Facebook, Wanita Ini Dibelasah Teruk Oleh Suaminya

February 10th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

pukul

Aduhaii lepas satu-satu sebab kes cemburu buta punya pasal, orang tak bersalah yang kena tempiasnya. Terbaru, seorang wanita dibelasah teruk oleh si suami selepas salah faham. Nak tahu sebab apa? Sebab isterinya tersalah tag nama bayi mereka dengan lelaki lain.

Tersalah tag pun boleh jadi macam tu eh? Tak boleh tanya elok-elok dulu ke. Ini kisah selanjutnya..

Tersalah tag, dibelasah teruk..

Menerusi laporan dari The Star Online, seorang wanita telah dipukul oleh suaminya apabila foto bayi mereka yang dimuat naik di Facebook tersalah tag dengan nama lelaki lain.

Wanita dari Pulau Pinang itu memuat naik foto tersebut pada 30 Januari 2016 yang lalu dengan nama “SH Dato Lee’. Tapi sebenarnya wanita tersebut tak kenal langsung pun siapa SH Dato Lee tu.

‘Oleh sebab itu, saya dipukul teruk..’

Screen Shot 2016-02-10 at 1.07.46 AM

Kerana tersalah tag di gambar tu juga, wanita ini dituduh curang dan sedang mengadakan hubungan dengan “SH Dato Lee” tu.

Sesiapa sahaja boleh tag gambar di Facebook. Oleh sebab itu, saya dipukul oleh suami saya

Wanita ini juga menambah, akibat dipukul dia mengalamai keretakan di muka dan mengalami kurang pendengaran sebentar.

Menerusi post di Facebook, wanita ni telah membuat laporang Polis dan sudah tidak bersama dengan suaminya lagi.

Screen Shot 2016-02-10 at 1.32.13 AM

Pada 4 Februari lepas, wanita ini update keadaannya di Facebook menunjukkan kecedaraan yang dialami sudah semakin pulih dan boleh keluar menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber: The Star Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×