berita

Elakkan 5 Perkara Yang Boleh Jejas Kualiti Hidup Korang, Nombor 2 Tu Ramai Selalu Buat!

December 20th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Korang pernah tak ada masalah penghadaman contohnya kembung perut, perut rasa tak selesa, cirit-birit atau sembelit? Sebenarnya semua ini adalah masalah penghadaman yang biasa dan masih boleh dirawat.

Tapi, ia boleh bertukar jadi bahaya bila korang mengabaikannya sehingga keadaan menjadi lebih kronik dan menjejaskan kualiti hidup korang. Sebelum terlambat, kali ini kami nak kongsikan 5 tabiat buruk yang korang kena elak untuk selamatkan usus dan sistem penghadaman korang!

1. Kurang minum air sebab sibuk

Sibuk sampai tak sempat minum air? Tak elok tau! Kalau korang nak tahu, air sebenarnya membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman korang. Manakala, serat pula bertindak seperti span dan menyerap air.

Tanpa cecair yang cukup, serat tak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Secara purata, korang harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (iaitu kira-kira dua liter). Jangan tunggu tekak rasa dahaga je baru nak minum!

2. Kafein berlebihan ganggu penghadaman

Mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan yang berlebihan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang.

Kalau korang memang tak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari saja tau.

3. Tak ada masa untuk bersenam

Senaman ni bukan setakat untuk kurus ya. Sebenarnya, apa-apa jenis senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung memberi faedah kepada penghadaman korang. Ia merangsang otot usus, sekali gus membolehkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus.

So, lepas ni korang hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya, lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari.

4. Gemar makan daging berbanding sayur

Kalau korang nak tahu, terlalu banyak makan daging berbanding sayur pun boleh menyebabkan sistem penghadaman korang bermasalah. Ini kerana sistem penghadaman korang memerlukan masa yang lebih lama untuk memproses makanan jenis ini.

Jadi, pengambilan sayuran hijau merupakan amalan yang sangat baik kerana ia adalah sumber makanan yang kaya zat besi, beta-karoten dan mengandungi serat. Kandungan serat dalam sayuran ini boleh membantu memperbaiki sistem penghadaman korang.

5. Kurang makan buah-buahan

Buah-buahan memang sedap! Tapi kadang-kadang tu susah betul nak cari yang dah siap potong dan sedia untuk dimakan. Ini antara sebab ramai di antara kita kurang makan buah. Memandangkan ia sangat baik untuk sistem penghadaman kita, maka pengambilannya amatlah digalakkan.

Kehadiran serat atau fibre dalam buah-buahan ni boleh membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan beberapa simptom gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.

So, kalau korang nak sistem penghadaman korang terjaga dan sihat tapi dalam masa yang sama susah sangat nak cari makanan yang kaya serat macam buah-buahan ni, kami sarankan korang minum je minuman kaya serat BonRica.

Amalkan BonRica untuk penghadaman lebih sihat!

Kenapa BonRica? Haa… kalau korang nak tahu, BonRica ni adalah minuman kaya serat keluaran Spritzer yang sangat sesuai untuk diamalkan terutamanya bagi korang yang ada masalah penghadaman yang lemah.

Bagi korang yang jenis suka makan pulak, pengambilan BonRica setiap hari terutamanya selepas makan mampu memastikan sistem penghadaman korang sentiasa dalam keadaan terbaik. Yelah, dah makan macam-macam makanan berkalori, korang kena la bantu perut untuk bekerja dengan lebih mudah.

Minuman kaya serat BonRica ini juga sangat sesuai untuk mereka yang kurang gemar untuk makan buah-buahan, bijirin atau sayur. Dalam setiap botol minuman BonRica mengandungi 6 gram serat bersamaan serat daripada 2 biji epal kecil atau 2 biji lobak merah atau 4 gelas penuh kubis tau.

Paling bestBonRica ada dua variasi iaitu fibre yogurt dan fibre passion fruit. Kalau korang dah try nanti, rasanya sebotol tak cukup wei! Apa pun kena ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Usus yang sihat adalah satu keutamaan untuk menjalani kehidupan yang baik dan bahagia setiap hari.

Kalau korang nak dapatkan lebih banyak informasi tentang minuman kaya serat ni, boleh layari laman sesawang Spritzer BonRica atau ikuti mereka di Instagram Sprizter BonRica!

SKIP THIS AD ×