berita

Kereta Berpusing 3 Kali Sebelum Terbabas, Tajul Terlibat Dalam Kemalangan

May 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi Tajul berkongsi detik yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dia terlibat dalam kemalangan kelmarin ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang.

Tajul kemalangan

Menurut pemilik nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari, dia meluahkan rasa bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kereta yang dipandunya itu mengalami kerosakan pada bahagian bumper hadapan serta belakang akibat daripada kemalangan itu

Ujarnya lagi, kereta jenis BMW yang dipandu olehnya itu berpusing tiga kali sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan.

Kejadian berlaku berhampiran Tapah, Perak dalam keadaan hujan lebat dan jalan licin. Saya kemudian hilang kawalan menyebabkan kereta berpusing tiga kali sebelum merempuh pembahagi jalan.

Apa pun, saya bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan.

Tak beritahu ahli keluarga

Walau bagaimanapun, adik kepada Allahyarham Achik Spin itu tidak memberitahu kepada ahli keluarganya mengenai kemalangan terbabit kerana tidak mahu mereka risau.

Saya tak maklumkan kepada keluarga pada ketika itu sebab saya tak mahu mereka risau atau apa. Jadi, malamnya, barulah saya maklumkan.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×