berita

Kereta Hampir ‘Terjun’ Tasik Nak Elak Anjing Lintas Jalan

March 17th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang pemandu e-hailing hadapi situasi cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas dan hampir terjunam ke dalam Tasik Putrajaya. Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang sedang melintas jalan.

Anjing tiba-tiba lintas

Foto: Kosmo!

Kejadian berlaku pada pukul 5 pagi di Jalan Persiaran Tasik, Putrajaya. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad, sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan antara trek joging dan tasik.

Noor Aehwan berkata, pihaknya mendapati tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dan siasatan awal mendapati, pemandu telah mengelak anjing yang melintas secara tiba-tiba dari arah kanan jalan sebelum pemandunya hilang kawalan dan terbabas ke kawasan tasik.

Kereta tersebut adalah kereta sewa dari syarikat e-hailing Socar dan ia dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun. Pemandu telah berhubung dengan dengan pihak Socar dan kereta itu akan ditunda dari kawasan tasik sebelum di bawa ke Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Pemandu kereta tersebut telah hadir ke Cawangan Trafik IPD Sepang bagi membuat laporan polis.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×