berita

Keriangan Keluarga Dalam Satu Suara, Program Nyanyian ‘Famili Duo’ Mula Bersiaran Malam Ini!

February 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Program realiti nyanyian terbaru, Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula malam ini, jam 9 malam di TV3 serta di www.tonton.com.my

Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV. Seramai 40 pasangan selebriti popular Malaysia akan bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Lima pasangan setiap minggu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, Famili Duo merupakan program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia.

Kami berharap agar program ini dapat mengeratkan silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga dan menghubungkan individu menerusi muzik dalam berkongsi erti kasih sayang. Dalam keadaan masih memerangi pandemik COVID-19, kami sentiasa peka dalam aspek keselamatan di samping menyediakan program TV berkualiti dengan pematuhan SOP yang lebih ketat. Jadi, Famili Duo diperkenalkan pada masa sekarang kerana ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Buat pengetahuan korang, Famili Duo akan dihoskan oleh Uyaina Arshad serta dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Uniknya, program ini menampilkan lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu ‘cover song’ dan satu nyanyian di pentas.

Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio. Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Dibawakan oleh Foodpanda

Antara selebriti yang akan berentap di Famili Duo ialah Amira Othman, Irfan Haris, Yamani Abdillah, Zaki Yamani, Naim Daniel, Emylia Izzati, Syafie Naswip, Sapawi, Tajul, Beby Acha, Siti Saerah, Umairah, Ashira, Syed Aziz, Aisha Retno, Jen Retno, Sharifah Zarina, Athalia, Sharifah Shahira, Tallisya dan ramai lagi.

Program realiti nyanyian ini dibawakan oleh foodpanda, keriangan melalui pesanan, dan bertindak sebagai penaja utama musim ini.  Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×