berita

Kerja Atau Sambung Study? Ini 5 Perkara Yang Sering Menjadi Persoalan Pelajar Lepasan Sekolah!

March 26th, 2020 | by Epul
Pendidikan

Melangkah keluar daripada alam persekolahan pastinya memberikan rasa dan pengalaman yang berbeza bagi setiap individu. Dulu, setiap hari korang perlu memakai baju seragam sekolah, ikut peraturan yang ditetapkan dan boleh have fun dengan kawan-kawan.

Tapi, bila habis je zaman persekolahan, semuanya akan berubah. Ini 5 perkara yang sering jadi persoalan pelajar lepasan sekolah. Korang macam ni juga ke?

1. Nak kerja part time atau duduk rumah?

Selalunya, lepas sekolah mesti korang terfikir nak buat apa. Kalau duduk rumah je mesti bosan sebab kena buat benda yang sama hari-hari. Kena masaklah, kemas rumah atau basuh pinggan. Stressnya!

Sebab tulah ramai yang pilih untuk mencari duit tambahan dengan melakukan kerja secara sambilan. Bila dapat duit sendiri rasa bahagia je sangat sebab boleh beli macam-macam.

2. Nak sambung belajar atau kerja terus?

Selalunya persoalan ni akan timbul bila korang dah selesa bekerja dan pegang duit sendiri. Sampai satu tahap, korang akan berada dalam persimpangan. Patut ke korang sambung belajar atau terus ke bekerja. Dilemanya!

3. Layak ke aku sambung jurusan ni?

Ekonomi aku B-, lepas tak kalau apply kos perniagaan?

Bila tengah tunggu keputusan peperiksaan, sepatutnya korang dah tau nak sambung pelajaran ke bidang mana. Masa ni, korang dah boleh survey kat internet syarat kelayakan untuk sesuatu bidang pelajaran yang korang minat.

Takdelah korang terpinga-pinga atau hilang arah bila dapat keputusan nanti.

4. Alaa.. Tak dapat course yang aku nak, apa nak buat ni?

Tak dapat kursus yang korang nak? Pertama sekali jangan panik, mungkin kolej atau universiti yang korang mohon tu letakkan syarat yang tinggi untuk melayakkan korang apply.

Apa yang korang boleh buat ialah, cuba semak kelayakkan kursus yang korang nak pilih di semua tempat yang menawarkan kursus tu termasuklah universiti swasta. Kalau keputusan peperiksaan korang masih tak boleh melepasi syarat kelayakkan di semua tempat yang korang dah survey, barulah korang boleh fikir untuk pilih kos yang lain.

5. Nak sambung belajar dekat mana ni? Ada pinjaman atau biasiswa tak?

Dah dapat sambung belajar, masalah baru pula timbul. Tempat korang nak sambung pengajian tu ada sediakan pinjaman pelajaran atau biasiswa tak?

Sebelum pilih tempat nak sambung pengajian, korang kena check dulu pusat pengajian tersebut ada sediakan kemudahan ni ke tak. Takdelah terkapai-kapai cari sumber kewangan bila nak bayar yuran jika korang kurang berkemampuan.

Runsing nak cari pusat pengajian terbaik? UNITAR jawapan untuk korang!

Mencari tempat pengajian terbaik bukanlah perkara  mudah (kami faham sebab kami pun pernah lalui). Kalau nak sambung belajar, pastikan pusat pengajian korang menyediakan kemudahan infrastruktur, prasarana dan menjaga kebajikan pelajar tak kiralah universiti awam atau swasta. Pilihan terbaik korang semestinya UNITAR.

UNITAR merupakan salah satu perintis universiti swasta di Malaysia dan turut dikenali sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara. UNITAR menawarkan subjek pengajian Perniagaan & Teknologi, Pendidikan & Kemanusiaan, Seni Kulinari, dan peringkat Asasi.

Pengiktirafan 5 bintang daripada Quacquarelli Symonds (QS) Rating System

Kalau korang nak tau, UNITAR juga universti pertama dan satu-satunya di Asia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada QS Rating System untuk pengajian dalam talian. Hebat kan?

Menawarkan 36 program akademik, UNITAR tak terhad kepada pengambilan dalam bidang diploma dan ijazah je. UNITAR menawarkan tempat untuk pelbagai bidang yang terdiri daripada peringkat Asasi (Foundation), Diploma dan Sarjana Muda, sehingga ke program Sarjana dan Doktor Falsafah (Doctorate atau PhD).

UNITAR juga merupakan salah satu pusat penilaian APEL! Jadi bagi korang yang nak sambung belajar tapi tiada kelayakan formal tu, bolehlah gunakan pengalaman korang tu melalui APEL Entry!

Bantuan pengajian disediakan!

Ramai orang salah faham tentang universiti swasta mengenakan yuran yang mahal. Korang tak perlu risau sebab kos pendidikan di UNITAR bukan je berpatutan malah berkualiti. Selain tu, UNITAR turut menawarkan bantuan pinjaman pelajaran PTPTN, bantuan zakat, HRDF dan terdapat beberapa tawaran biasiswa mengikut kelayakan. Bukan itu je, kalau selepas asasi, korang sambung ijazah di UNITAR juga, Asasi korang tu percuma!

Lepasan UNITAR juga mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan sentiasa menjadi pilihan majikan kerana UNITAR mempunyai jaringan industri yang terdiri daripada 130 buah syarikat yang terkenal seperti AirAsia, Maxis, Microsoft, Sime Darby, Schlumberger, UNICEF, JCorp dan banyak lagi  bagi memberikan korang pendedahan sebenar di alam pekerjaan kelak.

So, korang berminat untuk sambung pengajian di UNITAR? Dengan 11 kampus cawangan di seluruh negara, inilah universiti terbaik untuk korang.

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari je laman sesawang UNITAR atau korang juga boleh terus membuat pendaftaran secara dalam talian untuk mendaftar ke UNITAR!

Pengambilan sedang berjalan ni! Jom sambung belajar di UNITAR!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×