berita

Kerja Dari Rumah, Join Group Makanan – Ini Antara Perkara Ketika PKP Yang Kita Akan Rindu!

July 21st, 2020 | by Azyan
Shout Out!

Ketika PKP fasa 1 hingga fasa 3 berlangsung, banyak perkara yang tak disangka-sangka terjadi. Dari bekerja di rumah hinggalah kena video call untuk hampir semua benda, semuanya baru untuk sesetengah orang tau! Ibu bapa kita pun terus pandai nak video call. Dating pun dalam phone je.

Walaupun pada mulanya ia agak janggal, tapi bila dah lama-lama tu rasa okay pulak! Sekarang bila semua hampir kembali normal, mulalah kita rindu momen-momen tersebut kan? Sebab tulah Coca-Cola nak kita sentiasa hargai yang tersayang kerana segalanya lebih manis bila bersama!

Ini antara 4 perkara yang korang rindu ketika PKP!

“Company akak takda work from home, macam mana ni?”

Tak semua company ada kelebihan work from home ketika di awal PKP dan ramai yang tertanya-tanya,” Kita buat kerja tapi dekat rumah? Ada lunch hour jugak ke? Clock out pulak macam mana?”

Ha, tapi lama-lama bila dah tahu macam mana nak susun jadual ketika work from home, mesti korang tak nak balik ke situasi asal kan? Rasa lagi mudah dan jimat!

Nak beli ikan, buah, goreng pisang? Semuanya beli online!

Yang ni paling bestCraving la apa pun, mesti ada orang jual online. Yang paling syok, boleh deliver dekat depan rumah. Tiba-tiba sampai ikan, tiba-tiba sampai yong tau fu dan macam-macam lagilah! Lepas tu, makan ramai-ramai dengan family. Rindunyaaa!

Main pelbagai jenis game & aktiviti DIY dengan anak-anak!

Ketika PKP, ia merupakan masa yang paling bermakna bagi ibu bapa. Korang dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Kalau sebelum PKP, mesti korang setakat bawa anak-anak ke mall takpun playground. 

Tapi, bila dah kena stay at home, korang sebagai ibu bapa terus cari jalan untuk sentiasa menghiburkan anak-anak. Macam-macam games korang main dengan anak-anak. Ada yang buat projek DIY lagi. Bestnya!

1 hari 1 resipi

Rata-rata netizen upload gambar dan resipi makanan ketika PKP sedang berlangsung. Ada yang mencuba masakan baru setelah sekian lama save resipi. Ada juga yang akhirnya mencuba sesuatu yang baru dan kini mereka menjual pula makanan tu!

Memang seronok dan meriah betul tengok timeline hari-hari ada menu baru kan?

Coca-Cola nak korang menghargai saat bersama yang tersayang

Sepanjang PKP, baru kita sedar sekecil-kecil perkara seperti berjumpa rakan sekerja atau sekadar bersarapan di mamak sebenarnya memberikan impak yang besar dalam hidup kita.

PKP juga menunjukkan kita perspektif yang lebih bermakna tentang sesuatu perkara. Ia turut mengajar kita untuk mengenali diri sendiri dan orang sekeliling.

Setiap saat istimewa korang mesti ada Coca-Cola

Dalam tak sedar, sebenarnya Coca-Cola dah menjadi pelengkap rutin harian kita. Sama ada ketika birthday party, makan di restoren sehinggalah tengok wayang mesti ada Coca-Cola di tangan! Rasa tak lengkap jika moment tersebut tak disambut dengan minuman Coca-Cola.

Walaupun kita masih lagi menyesuaikan diri dengan norma baharu, Coca-Cola tetap menjadi sebahagian daripada memori dan saat terindah bila bersama yang tersayang.

Coca-Cola ingin mengingatkan kita untuk berhenti sejenak dan live the moment dengan orang yang kita sayangi kerana segalanya lebih manis bila dikongsi bersama dan jangan lupa untuk selalu segarkan semangat korang dengan Coca-Cola!

SKIP THIS AD ×