
Pelakon Redza Rosli menerima pujian daripada krew produksi yang mengakui senang bekerjasama kerana sikapnya yang profesional serta sentiasa merendah diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Redza Rosli Nafi Dakwaan Isteri Sudah Hamil – ‘Itu Semua Fake News, Kalau Ada Saya Uar-Uarkan Dah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Siapa Saya Nak Halang Suami Untuk Tak Pegang Pelakon Wanita..Dia Pun Tahu Hukum Agama’ – Bella Hanna
‘Redza tak acah-acah diva’

Dalam satu hantaran balas di Threads, seorang individu yang dikenali sebagai ladyhannahbella berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan aktor itu yang disifatkan cukup menyenangkan serta turut disenangi kru produksi.
Ujarnya lagi, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu seorang yang mudah dibawa berbincang selain merendah diri.
Aku suka kerja dengan Redza Rosli. Aku tak kisah orang nak kata dia apa, tapi krew suka kerja dengan dia. Kerja dengan dia senang, dia tak acah-acah diva, jenis senang bincang.
Menurut wanita ini lagi, sikap Redza yang sentiasa menjaga disiplin, termasuk hadir tepat pada masa penggambaran menjadi sebab dia terus relevan dalam industri hiburan.
Even attitude dia call time semua okay. Bagi aku itu rezeki dia. Plus hard work dia. Kadang ada je artis lain bila dah diberi peluang, terus buat perangai. Tapi Redza walaupun tengah top masa tu, dia tak berlagak pun.
Tak pernah datang set acah-acah diva. Apatah lagi bila kita buat episod panjang, berpanas berhujan, dia jenis okay je.
Perkongsian itu ternyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Mereka turut memuji Redza kerana kekal merendah diri walaupun berada di puncak populariti.
Komen


Sumber: Threads







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
