Penyanyi, Ayda Jebat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor kepada ibunya, Rohana Mohamed. Pemberitan tersebut telah dikongsikan Ayda menerusi laman Instagram miliknya. Posting tersebut turut kelihatan ayah dan tunangnya iaitu Nabil Mahir.
I love you
Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah. Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah.
Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever.
Senyuman mama tu, priceless. Syukur & terima kasih semua yang menolong & terlibat dalam proses beli dan surprise ni. Thank you family, Team @themalayatv & also Team @ecograndeur_ew ! The best! Thank you semua yang dm and wish.
Menurut Ayda, menghadiahkan sebuah rumah buat ibu merupakan impiannya sebelum berkahwin. Tambahnya, dia berharap dan mendoakan supaya semua orang dapat membahagiakan ibu bapa masing-masing selagi mereka masih hidup. Ayda turut gembira melihat senyuman yang terpancar di wajah ibunya.
Syurga buat kamu
Rata-rata rakan artis memberi pujian buat Ayda dan berharap penyanyi itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana memberi kebahagian buat kedua-dua orang tuanya.
Sumber: Ayda Jebat