berita

Kerjasama UiTM & Al-Jazeera Buka Peluang Kongsi Ilmu Komunikasi & Media

October 8th, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi universiti awam Malaysia pertama yang bekerjasama dengan gergasi media terkenal Al-Jazeera. Bermula dengan lawatan rasmi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) awal julai lalu, akhirnya dua nama ini berjaya memeterai satu kolaborasi.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Profesor Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin yang mewakili Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Buka peluang kongsi pengetahuan

https://www.facebook.com/uitmmasscomm72/videos/2417603568498891/?t=2

Bertemakan UiTM Al Jazeera Week – Digital Media-Crossing To The Future, majlis turut dihadiri Pemangku Ketua Pengarah Rangkaian Media Al Jazeera, Dr Mostefa Souag. Kerjasama ini bertujuan untuk membuka peluang kepada para penyelidik dan pakar untuk berkongsi pengetahuan berhubung masa depan komunikasi dan media.

Pelajar bakal menjalani latihan industri

Menerusi Berita Harian, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr Mohd Azraai Kassim mengatakan bahawa terdapat beberapa orang pelajar yang bakal mengikuti latihan industri selama empat bulan bersama Al-Jazeera. Pemilihan pelajar akan ditemuduga sendiri oleh pihak pengurusan agensi berita antarabangsa berkenaan.

Di peringkat awal ini, seramai 10 calon akan dipilih, dengan lima daripada senarai itu dihantar untuk ditemuduga oleh pihak pengurusan Al Jazeera, begitu juga proses sama untuk semester yang seterusnya.

Ketika ditemuduga, pelajar akan ditanya dari segi kemampuan. Jika tidak mampu, kita akan tengok kategorinya. Kita akan pastikan mereka dapat mengikuti latihan industri di sana, mungkin boleh dapat biasiswa penuh.

Kewartawanan dalam era digital

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar Kandungan Melayu, REV Asia, Hafriz Zulpakar bersama dengan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan bagi mebincangkan mengenai bidang kewartawanan dalam era digital. Forum ini turut melibatkan dua orang panel dari Al-Jazeera iaitu Osama Javaid dan Kate Mayberry.

Sumber: Berita Harian, UiTM Masscomm

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×