berita

Kes Bayi Ajal Di Johor, Mufti Wilayah Keluarkan Fatwa Guna Khidmat Doula

February 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Isu doula mula mendapat perhatian apabila seorang bayi meninggal dunia ketika dilahirkan di rumah tanpa bidan atau pakar bertauliah. Bayi malang berkenaan menemui ajal kerana mengalami komplikasi iaitu dipercayai berkedudukan songsang.

Artikel berkaitan: Kaki Terjulur, Kepala Sangkut, Bayi Tanggung Azab Sebelum Arwah Angkara Bidan Palsu

Walaupun masih dalam siasatan polis, pihak Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengeluarkan fatwa berkenaan isu ini untuk menjelaskan segala kekusutan.

Proses kelahiran perlu ada kemahiran pakar

Doula sebagaimana pengamalan di luar negara, menggalakkan kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor. Mereka tidak berperanan mengambil alih tugas bidan dan doktor terlatih.

Ini kerana, sekiranya berlaku apa-apa komplikasi seperti pendarahan selepas kelahiran, proses kelahiran yang memerlukan caesarean, janin stres di dalam kandungan, tersangkut dan bayi songsang, ia memerlukan kemahiran yang tinggi oleh pakar.

Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada kematian ibu atau bayi atau kedua-duanya.

Menurut Dr. Zulkifli, doula yang diamalkan di luar negara dipantau dan dibantu oleh doktor. Peranan mereka tidak mengambil alih tugas mereka yang lebih profesional. Tambahnya, masalah yang mungkin berlaku ketika, semasa dan selepas kelahiran memerlukan skill pakar atau berdepan risiko kematian.

Tidak boleh tanpa doktor dan bidan terlatih

Setelah meneliti dan menekuni isu ini, disamping mendapatkan maklumat dari pakar perubatan, kami berpandangan penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih.

Alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat tidak timbul kini dengan adanya seluar bersalin mesra aurat, hospital-hospital tertentu yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, disamping perlu difahami bahawa nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut.

Tidak sama dengan Maryam

Selain itu, meyakini bahawa melahirkan anak di rumah adalah mencontohi Maryam alahissalam adalah tidak benar kerana kejadian yang berlaku di zaman tersebut adalah kehendak Allah SWT untuk membuktikan kekuasaan-Nya. Adapun bagi manusia selainnya, tidak terlepas daripada aspek sabab-musabab-musabbib al-asbab (causality).

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×