berita

Kes Belum Selesai, Aeril & Wawa Digelar Kacang Lupakan Kulit Pula

September 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

IMG_6724-630x410

Ya! Nampaknya konflik yang melanda pasangan pelakon popular, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengenai MIG masih berlarutan bagaikan tak ada kesudahan.

Kalau sebelum ini Aeril meminta David Teo memulangkan pakaian serta barangan peribadinya dengan Wawa, beberapa hari lepas kecoh pula mengenai syarikat tersebut berhutang dengan Aeril hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Artikel Berkaitan : Aeril Zafril Minta David Teo Pulangkan Pakaian?

Haa, nampaknya perbuatan pasangan ini mendapat reaksi masyarakat tau! Rata-rata tak menyokong tindakan Aeril dan Wawa terhadap David Teo hingga ada yang menggelar pasangan ini ‘Kacang Lupakan Kulit’.

PC-Kahwin-Diana-Amir-15-630x420

Hehehe, tiba-tiba teringat lagu ‘Kacang’ yang dinyanyikan oleh David Teo, Cat Farish, Fida Ibrahim dan Zarul. Okay! Berbalik pada cerita asal, melalut pulak iols ni.

Hmm, bila kami lihat komen-komen yang diberikan di sebuah laman Facebook blog terkenal, teruk juga pasangan ini dihentam peminat. Hingga ada yang sudah meluat melihat pasangan ini. Ish ish ish, janganlah begitu.

Kalau korang nak tahu, ada yang mengatakan Aeril dan Wawa sepatutnya bersyukur apabila David tak menyaman mereka kerana kes perlanggaran kontrak sebelum ini tau.

kacanglupa

Entahlah, kami pun dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Nampaknya perkara ini akan terus berlarutan. Jangan sampai peminat muak dengan cerita ini dah la ye.

Apapun, kami harap kedua-duanya dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik. Maklumlah masing-masing dah besar kan? Hehehe. Apa kata kita dengar sikit lagu ‘Kacang’ ni jom.

Kredit Foto : Instagram Wawa & Aeril

SKIP THIS AD ×