Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Ibu Bapa Arwah Menangis Sujud Syukur
Kekal 18 tahun penjara
Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim menerima rayuan akhir kesemua perayu yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 23 Julai tahun lalu.
Oleh yang demikian, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan seperti yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Hasnah dalam penghakimannya memaklumkan bahawa mahkamah mendapati elemen kecederaan mangsa menyebabkan kematian tidak dapat dibuktikan keraguan munasabah.
Sehubungan itu, mahkamah memutuskan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan persubahatan dikembalikan, hukuman penjara 18 tahun dikekalkan.
Oleh yang demikian, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan seperti yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya berusia 29 tahun.
Terdahulu, pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap kesemua tertuduh selepas mereka didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.
Kesemua bekas pelajar itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Sumber: Harian Metro