berita

Kes Buli & Gangster Sekolah : Biarlah Ada Otak, Jangan Tengok Dengan Lutut – Zahiril Adzim

June 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC-Aku-Ada-Wali-33

Pelik juga dengan budak-budak sekolah zaman sekarang, baik lelaki dan perempuan. Mak Ayah suruh pergi sekolah untuk belajar tapi rupanya praktis jadi pembuli.

Bila timbul perkara macam ni, ramai yang salahkan filem dan drama di televisyen kerana mengajar kanak-kanak serta remaja bertindak secara melampau sebegitu.

Kalau masih ingat, sekitar tahun lepas tersebar video menunjukkan seorang budak lelaki yang menggelarkan dirinya Lan Todak memukul seorang ketua kelas secara beramai-ramai bersama sekumpulan rakannya.

Ze11w

Oleh kerana sekuel Juvana kini bakal ditayangkan sekali lagi, risau juga kalau-kalau intipati filem berkenaan dijadikan modal sekali lagi untuk budak-budak tak matang melakukan aktiviti buli.

Tetapi Zahiril Adzim yang membawa karakter Daim sama sekali tak takut dan menganggap karya Juvana bukan penyebab masalah ini berlaku.

Saya tak takut pasal bukan tanggungjawab kita buat macam tu kan. Sebenarnya isu budak-budak gangster ni dah lama. Cuma bila Juvana keluar, dia jumpa someone or something to blame.

Bila kita tak boleh nak handle, kita blame orang-orang Juvana ni lah yang buat cerita macam ni. Zaman saya sekolah pun dah ada buli-buli ni dah, cuma dia tak ada nama karakter yang dia sebut masa rekod video.

Dalam masa yang sama, Zahiril berharap agar filem seperti ini tidak dijadikan contoh negatif sebaliknya mengalakkan remaja mengambil pengajaran daripadanya.

Saya sebenarnya harap budak-budak ni bila tengok biarlah ada otak, jangan tengok dengan lutut. Tengok bukan nak suruh kau jadi macam tu, tapi sebagai pengajaran.

Di dalam filem Juvana 2, watak Daim akan dikembangkan dan diberi nafas yang berbeza di mana dia meneruskan pelajaran dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara lakonan Shera Aiyob.

Tapi apa yang pasti, konflik kali ini lebih hebat dengan kemunculan watak-watak antagonis baru iaitu Tok Ki (Pekin Ibrahim), Encik Raja (Hasnol Rahmat) dan konco-konco mereka. Tak sabar nak tunggu tayangannya!

SKIP THIS AD ×