berita

Kes Didakwa Pukul Isteri : Awie Minta Mahkamah Halang Orang Luar Buat Andaian Atau Ulasan

August 11th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

awie

Rasanya, tak perlu kami beritahu lagi mengenai kontroversi yang melanda rumahtangga penyanyi Awie dan isterinya Rozana Misbun.

Kalau korang masih ingat, baru-baru ini, proses Sulh Awie tak dapat diteruskan kerana isterinya itu tidak hadir untuk perundingan tersebut.

Hari ini, menurut portal Gua.com, mahkamah membenarkan permohonan Awie untuk menghalang pihak ketiga atau pihak media daripada membincangkan atau membuat sebarang ulasan mahupun andaian mengenai kes yang sedang dibicarakan itu.

rozana

Permohonan itu adalah untuk pihak-pihak lain tidak memberi komen atau pun berbincang mengenai kes ini selain daripada apa yang berlaku di mahkamah. Kami tiada masalah sekiranya mahu melaporkan berdasarkan apa yang bakal dibentangkan di dalam mahkamah seperti keterangan saksi dan sebagainya.

Mahkamah juga tidak melarang begitu. Tetapi jangan menulis dan melaporkan apa yang tiada kena mengena dengan apa yang berlaku di mahkamah serta telahan dan andaian serta perbincangan dan juga komen berkenaan dengan kes yang berlaku dalam mahkamah. – Peguam Awie, Hazman Harun.

Menurutnya juga, gambar-gambar berkaitan kes tersebut juga tidak boleh didedahkan, kecuali ianya telah pun didedahkan di mahkamah.

Betul juga tindakan pelakon filem Sembilu ini. Iyalah, sekurang-kurangnya, jika tiada campur tangan dari pihak luar, ia akan melancarkan perjalanan kes. Betul tak?

Untuk pengetahuan, pihak mahkamah menangguhkan kes berkenaan pada 23 September depan. Kami harap semuanya akan berjalan lancar.

SKIP THIS AD ×