berita

Kes Ditutup Selepas 15 Tahun, Ini Tragedi Bright Sparklers 1991 Serupa Hiroshima Yang Hampir Dilupai

September 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pada 7 Mei 1991 jam 3.45 petang di Sungai Buloh, Selangor telah berlakunya satu tragedi letupan paling besar dalam sejarah negara. Tragedi yang dikenali sebagai ‘Bright Sparklers’ berpunca daripada sebuah kilang mercun terbakar dan meletup. Dalam tragedi malang itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 mangsa terkorban dan 83 dilaporkan cedera.

Terbakar sebelum letupan

Menurut sumber, sebuah kilang mercun iaitu Bright Sparklers telah dilaporkan terbakar dan meletup pada 7 Mei 1991. Kilang tersebut bagaimanapun dipercayai terbakar sebelum menghasilkan letupan besar yang boleh didengari sejauh 7 KM daripada lokasi kejadian.

Dipercayai punca letupan tersebut daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Malah, kilang ini juga telah menjalankan operasi secara haram sejak 1978 lagi.

26 mangsa terkorban

Selain itu, letupan tersebut telah mengakibatkan sebanyak kira-kira 200 kediaman penduduk di sekitar kawasan tersebut serta tingkap-tingkap rumah di sekitar kawasan Sungai Buloh sehingga bandar Seri Menjalara dan Selayang musnah. Selain, sejumlah kira-kira 26 mangsa telah terkorban dan sebanyak 103 dilaporkan cedera dalam tragedi itu.

Rata-rata menyifatkan gegaran dan kekuatan letupan yang dihasilkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun pada Perang Dunia Kedua iaitu di Hiroshima. Tambahan, banyak kediaman, kilang dan institusi pendidikan juga runtuh dan terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah.

Selepas letupan semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan pula. Berpuluh mangsa berlumuran darah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari ahli keluarga yang dikhuatiri menjadi korban insiden tersebut.

Jeritan minta tolong dan raungan kesakitan

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam iaitu Hamzah Buyok berkongsikan pengalaman sewaktu tiba di lokasi kejadian. Mengimbau kembali detik hitam itu, pasukan bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.00 pagi.

Saya nampak kepulan asap besar dan terdetik dalam hati mungkin ada perkara dahsyat bakal kami tempuhi. Saya antara anggota penyelamat paling awal tiba di lokasi kejadian, namun kerana ada mayat di tengah jalan, jentera bomba menukar laluan alternatif ke kilang itu.

Kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian, situasi ibarat medan perang apabila letupan mercun, serpihan kayu, besi dan atap rumah bertaburan di sana sini. Malah, kilang dan rumah berhampiran lokasi kejadian juga musnah termasuk cebisan mayat hangus.

Jeritan minta tolong dan raungan kesakitan akibat terkena serpihan mercun jelas kedengaran. Lebih menyayat hati apabila mangsa meratapi kematian ahli keluarga.

Kesan daripada tragedi Bright Sparklers

Kesan daripada peristiwa malang itu, kerajaan di parlimen telah mewujudkan OHSA iaitu suatu undang-undang dan peraturan serta garis panduan buat para pekerja dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diluluskan di Parlimen. Kilang-kilang bunga api di seluruh Malaysia terpaksa ditutup buat seketika waktu akibat pengharaman bunga api.

Kes ditutup

Bagaimanapun, memetik laporan The Star, selepas 15 tahun kes mangsa terkorban di Sungai Buloh itu telahpun ditutup. Seramai 118 orang telah tampil menyaman kerajaan disebabkan kehilangan ahli keluarga tersayang. Kesemua keluarga mangsa yang terlibat juga telah menjumlahkan kerugian ke atas hartanah sejumlah RM 30,000 kepada pemilik kilang Bright Sparklers Sdn Bhd iaitu Chin Kong Hin.

Sumber: Harian Metro, xtra, New Straits Times, The Star

SKIP THIS AD ×