berita

Kes Hampir Selesai, Suspek Dedah Punca Kerat 8 Isteri & Anak

October 18th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan berita seorang ibu dan anak mati dibunuh selepas mayat mereka ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Kampung Ladang Krubong Melaka. Perbuatan kejam suspek itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mayat dikerat 8 bahagian dan kepala disembunyikan di atas siling rumah.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Shahrul Laili Masduki berkata, kes sudah hampir selesai dan mereka dalam proses melengkapkan kertas siasatan.

Motif bunuh kerana marah?

Menurut Shahrul Laili, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya. Tambahnya lagi, motif pembunuhan dipercayai kerana terlalu marah dengan isu yang dibangkitkan mangsa.

Kes sudah selesai selain suspek juga sudah ditangkap dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan.

Motif pembunuhan dipercayai kerana rasa marah isu yang ditimbulkan oleh mangsa.

Buat masa ini belum lagi tetapi dalam proses untuk lengkapkan siasatan akan panggil termasuk keluarga suspek.

Malah, pihak polis setakat ini masih belum menerima keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek daripada hospital. Mengenai identiti mangsa pula, beliau tidak dapat mengesahkannya sehingga menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kita belum kenal pasti dan perlu menunggu DNA.

Kita menunggu laporan DNA untuk sahkan badan yang dijumpai adalah mereka yang dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata mayat yang dijumpai berkemungkinan milik dua beradak yang viral di media sosial. Namun, biarlah keputusan disahkan secara profesional untuk mengelakkan gangguan siasatan ke atas kes. Pengesahan identiti akan ditentukan selepas mereka menerima laporan bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×