berita

Kes Jangkitan Covid-19 Di Seluruh Dunia Dah 1 Juta, Angka Kematian Lebih 50K

April 3rd, 2020 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sehingga ke hari ini, bilangan kematian pesakit Koronavirus seluruh dunia semakin bertambah ekoran daripada virus ini yang merebak tanpa ada sebarang penawar. Menurut data terkini, lebih daripada 1 juta orang di seluruh dunia positif Covid-19 dan wabak ini menunjukkan angka kematian mendadak sehingga ke 50,000 orang.

Lebih sejuta orang positif di seluruh dunia

Pada hari Jumaat 3 April 2020 jam 11 pagi, data menunjukkan seramai 1,015,728 orang disahkan dijangkiti di seluruh dunia manakala 53,202 orang telah meninggal dunia. Daripada jumlah tersebut negara USA mempunyai angka jangkitan paling tinggi berbanding negara lain iaitu sebanyak 245,088 disahkan telah positif dan 6,075 kematian.

Sementara itu, penyelaras bahagian Koronavirus menegaskan bahawa langkah bagi mengelakkan penularan ini berlaku adalah menjarakkan diri atau dipanggil ‘social distance’ berbanding menggunakan topeng muka. Bekalan ubat juga semakin terhad di negara USA memandangkan ramai yang kritikal saat ini.

Ramai mengganggur

Dalam pada itu, akibat peningkatan jangkitan dan kematian yang berlaku hari ini, tuntutan pengangguran di negara USA hampir 10 juta dalam dua minggu yang lalu mengikut statistik Jabatan Buruh Persekutuan. Lebih hampir 10 juta rakyat Amerika yang peroleh manfaat pengangguran selama dua minggu ini kebanyakkan sudah berakhir pada hari Selasa lalu.

Malah, ramai pekerja telah dibuang kerana kebanyakkan syarikat tidak lagi mampu membayar gaji mereka. Selain itu, sesetengah ahli ekonomi bimbang perkara ini berterusan dan boleh menyebabkan 20 juta orang hilang pekerjaan sepenuhnya pada akhir April, iaitu lebih daripada dua kali ganda 8.7 juta yang hilang semasa Great Resession of 2008.

Sumber : nypost, worldmeter