berita

Kes Kematian Kim Jong-Nam, Doan Mengaku Bersalah

April 1st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada 13 Februari 2017 dua tahun lepas negara dikejutkan dengan kematian pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Suspek Doan Thi Huong dan Siti Aisyah telah ditahan berhubung kes tersebut. Terbaru menerusi Harian Metro, suspek Doan Thi Huong telah mengaku bersalah atas pertuduhan kes yang menyebabkan mangsa mati dengan menggunakan bahan berbahaya dan telah dijatuhkan hukuman penjara.

Mengangguk kepala dan mengaku bersalah

Doan yang memakai skaf itu kelihatan tenang berada di dalam kandang tertuduh mengangguk kepala dan mengaku bersalah terhadap kes tersebut dalam bahasa Vietnam. Dia membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan alternatif terhadapnya dalam prosiding hari pertama bela diri di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin dan telah dijatuhkan hukuman penjara selam tiga tahun empat bulan. Dia diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan, 15 Februari 2017. Dia didapati tersenyum selepas mendengar keputusan berkenaan.

4 lagi masih bebas

Namun, empat lagi suspek yang terlibat dengan kes ini masih bebas didakwa. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad memberitahu pendakwaaan meminda pertuduhan wanita itu kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×