berita

Kes Khalwat : Wanita Mengaku Kekasih Pelakon Lelaki Terkenal

June 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Melodi, kes khalwat

Susulan kes khalwat melibatkan seorang pelakon lelaki terkenal sekitar pertengahan bulan lalu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih pelakon lelaki tersebut telah tampil memberi keterangan.

Menurut wanita itu, mereka telah diintip oleh pihak berkuasa sejak dua minggu sebelum penangkapan berlaku dan sekaligus menolak dakwaan kononnya pelakon lelaki tersebut diperangkap.

Semua orang dah tahu pasal kes pelakon lelaki ditangkap khalwat dan wanita yang ditangkap dengan dia itu adalah saya sendiri.

Ia bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa yang nak perangkap dia dalam hal ini. Dengar daripada prosedur JAIS, mereka tak akan tangkap seseorang itu sejam sebelum dapat maklumat, mereka akan ambil masa dalam dua minggu macam itu untuk intip. Jika benda itu berlarutan, baru dia akan buat serbuan.

Kami dah diintip lama daripada pihak JAIS sendiri. – Ujar wanita tersebut menerusi laporan Melodi semalam.

Artikel Berkaitan :

Kes Khalwat, Melodi

Temubual wanita berkenaan bersama wartawan Melodi, Zuan Azmi

Mengulas lebih lanjut mengenai kes khalwat ini, wanita tersebut turut mendedahkan kepada pihak Melodi bahawa dia dan pelakon lelaki itu telah menjalinkan hubungan hampir sebulan dan mengaku pernah berjumpa dengan keluarga aktor berkenaan.

Dia hanya cakap dalam rumah itu ada lima orang. Saya tengah bersihkan baju konti dan dia pula masa itu tiba-tiba tertidur dalam bilik. Kalau tertidur, takkan dalam keadaan macam itu. Takkan JAIS akan isytihar benda ini satu kes khalwat.

Dia bersama dengan saya hampir sebulan. Dia tinggal dekat rumah itu. Hubungan kami already declare. We are in relationship.

Dalam sebulan, dia hari-hari dengan saya, apa yang dia buat semuanya dengan saya. Dalam seminggu, sekali atau dua kali baru dia akan balik rumah. Selebihnya dia ada dengan saya.

Saya pun pernah jumpa dengan keluarga dia lebih daripada sekali. Banyak kali juga kami pergi membeli belah, datang rumah dia dan keluarga dia memang kenal saya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut mendedahkan tunang pelakon lelaki tersebut pernah datang berjumpa dengannya bagi membincangkan kes khalwat ini.

Berikut antara beberapa foto perbualan wanita dan pelakon tersebut  :

Sumber : Melodi

SKIP THIS AD ×