berita

Kes Kluster Itali Di Sarawak, Kematian 5 Sekeluarga Akhirnya Dirungkai Berpunca Dari ‘Officemate’

April 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian wabak Covid-19 di Sarawak dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik melancong dari Itali.

Salah seorang keluarga mangsa tersebut iaitu Sharifah Huzaimah War Al-Edruce menceritakan kronologi kluster sebenar yang berlaku di Kampung Patinggan. Sedangkan keluarga ini juga menjadi mangsa kepada seorang rakan pejabat yang baru pulang dari Itali. Malah, ramai yang sudah mula salah faham dengan informasi tersebut.

Kronologi Kluster 4 Kampung Patinggan

Kronologi ini bermula pada 18 Mac 2020 dimana Nek Usu Kayah yang merupakan makcik saudaranya telah meninggal dunia. Acara pengebumian telah diadakan dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Manakala, anak perempuan dan lelaki kepada Nek Usu Kayah telah dibawa ke hospital kerana demam panas dan mengalami masalah penafasan.

Pada 20 Mac 2020 pula mendapati mereka berdua adalah positif Covid-19. Pada hari tersebut sebelah malam, ujian saringan Nek Usu Kayah keluar dan mendapati positif juga.

Kawan office baru balik dari Itali

Satu persatu ahli keluarga ditahan selepas ujian saringan Covid-19 keluar termasuk dengan mak dan abah kepada Sharifah Huzaimah ini. Pada 27 Mac 2020, keputusan saringan dan X-ray keluar dan menyebabkan mereka dimasukkan ke Sarawak General Hospital (SGH). Dipercayai, anak perempuan kepada Nek Usu (kini sudah sihat) berkemungkinan mendapat virus ini daripada rakan sepejabatnya.

Difahamkan, rakan sepejabatnya itu baru pulang melancong dari Itali dan dia masuk ke pejabat seperti biasa. Pada 27 Mac 2020, seramai 25 ahli keluarga pula dijangkiti positif Covid-19 ini.

Mudahan Abah dapat survive

Pada 5 April 2020, merupakan hari kedua abah kepada Sharifah Huzaimah di rawatan ICU. Keadaannya dengan memakai topeng oksigen akibat paru-paru dijangkiti. Mudah-mudahan semua urusan keluarga ini berjalan dengan lancar.

5 ahli keluarga kami menemui Ilahi

Ini pula merupakan perkongsian foto ahli keluarga yang menjadi mangsa Covid-19 di Sarawak itu. Walaubagaimanapun, ahli keluarga yang lain redha akan takdir yang dihadapi mereka ini.

Mereka juga adalah mangsa

Kes kluster yang berlaku di Kuching, Sarawak itu telah meragut lima nyawa ahli keluarga ini. Mereka adalah mangsa kepada rakan sekerja yang baru pulang melancong dari Itali. Secara tidak sedar, virus itu telah menular dan berjangkit kepada rakan sekerja yang lain.

Menurut laporan BH Online, Ketua Pengarah Kesihatan melaporkan seramai 37 orang dijangkiti dipercayai berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu yang baru pulang dari Itali. Kluster tersebut berpunca daripada ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baru.

Sumber: Dzulkarnain Zulkipli, Sharifah Huzaimah War Al-Edruce

SKIP THIS AD ×