berita

Perbualan Terakhir Arwah Kes Langgar Lari Dengan Rakan Baik Undang Rasa Sebak

October 19th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Rakaman video langgar lari seorang wanita di Cyberjaya malam Rabu lalu telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Kereta yang dipandu laju itu secara tiba-tiba melanggar mangsa yang sedang melintas jalan selepas keluar daripada kedai.

Menerusi temu bual wartawan mStar Online, rakan-rakan meluahkan rasa sedih dengan pemergian sahabat mereka ini. Tambahan pula, mereka baru sahaja meraikan sambutan hari jadi arwah 4 Oktober lalu.

‘Kau ni dah taubat ke?’

Rakan Fakhrul Azri ketika ditemui di majlis pengebumian Wan Amirah memberitahu arwah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara sebelum kemalangan. Namun sering berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis.

Sebagai seorang rakan, dia ada bergurau mengenai puasa sunat yang diamalkan itu dan arwah memberi jawapan ini.

Seingat saya, dulu dia jarang puasa sunat, tapi selepas Ramadan lalu dia selalu puasa hari Isnin dan Khamis.

Saya pernah juga gurau tanya ‘kau ni dah taubat ke?’ tapi dia balas ‘ajal kita tak tahu bila’.

Perbualan tu Ogos lalu tak silap saya. Kami berdua selalu bekerjasama kerana dia kendalikan acara dan saya pula sediakan tenaga kerja untuk acara tersebut.

Baru sahaja meraikan sambutan hari jadi arwah pada 4 Oktober lalu, Yap Wei Ing merasa sangat kehilangan kerana hubungan mereka rapat.

Dia ingat kami lupa hari lahirnya pada 4 Oktober lalu dan tak sangka kami buat kejutan itu untuknya. Wan Amirah seorang yang mudah didekati dan dia bergaul dengan semua orang. Malah saya bersama tiga lagi rakan baru bercuti bersama di Boracay, Filipina, April lalu.

Amirah seperti adik bongsu kami walaupun umurnya bukan paling muda. Semua rakan-rakan pejabat sayangkan dia.

Empat suspek kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian di Cyberjaya malam Rabu lalu telah berjaya ditahan hari ini. Suspek terdiri daripada seorang lelaki Yemen berusia 22 tahun, dua lelaki Libya berusia 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berasal dari Sabah berusia 32 tahun.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×