berita

Kes Melonjak Tinggi Di Selangor, MB Arah Klinik & Hospital Swasta ‘Sembunyi’ Ujian Covid-19 Dikompaun

January 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Dato Seri Amirudin Shari, semalam, beliau telah memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan COVID-19 Negeri Selangor.

Artikel berkaitan: Covid-19 Semakin Menakutkan. 5,725 Kes Baru Hari Ini, Selangor Paling ‘Champion’

Antara perkara yang dibincangkan menerusi mesyuarat tersebut adalah mengenai peningkatan mendadak kes COVID-19 di Selangor khususnya yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam serta langkah-langkah bagi memutuskan rantaian wabak.

Kompaun akan dikenakan

Menurut taklimat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), peningkatan kes yang berlaku di negeri berkenaan disumbang oleh beberapa faktor utama. Antaranya ialah kes kumulatif (backlog cases) dari saringan pekerja kilang, saringan di penjara serta saringan di klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus ataupun ‘real time’. ‘Backlog’ ini boleh dikesan dari kes yang berlaku 10 hari yang lalu.

POIS adalah program saringan di semua kilang dan tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster dan perebakan. Ini bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja. POIS akan dilaksanakan dengan kerjasama JKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).

Susulan daripada itu, bagi mengatasi masalah ini pihak JKNS akan mengenakan kompaun terhadap klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari yang sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Selain itu, mesyuarat telah mengenalpasti kilang-kilang di seluruh Negeri Selangor sebagai kawasan utama perebakan wabak. Oleh itu Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS).

Penutupan kilang yang sembunyi kes positif

Bagi mengelakkan tercetus kluster-kluster baru di kilang dan tempat kerja, Kerajaan Negeri Selangor juga mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan tegas dan menutup kilang yang menyembunyikan kes positif di kalangan pekerja serta tidak memberikan kerjasama untuk aktiviti pengesanan kontak rapat (contact tracing).

CAC berperanan untuk menganalisa pesakit COVID-19 bagi dikelaskan mengikut kategori tertentu sebelum dibawa ke pusat kuarantin ataupun hospital untuk rawatan lanjut. JKNS turut memaklumkan bahawa Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang telah ditambah fasiliti dan mampu menampung tambahan 6,000 orang pesakit. Fasiliti khas seperti khemah ICU dan peralatan perubatan turut telah disediakan.

Kekal konsisten memakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal. Selangor tanggungjawab kita. Hanya dengan semangat kekitaan ini sahaja yang akan dapat memutuskan rantaian wabak ini.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan untuk menambah pusat Covid Assessment Center (CAC) terutama di daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak. Di akhir kenyataan tersebut, Amirudin menyeru semua rakyat di negeri Selangor untuk bersama-sama dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 ini dengan mengamalkan pematuhan SOP.

Sumber: Kerajaan Negeri Selangor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×