berita

Kes Positif Di Sekolah Meningkat, Guru Bakal Terima Vaksin Lebih Awal?

April 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Kini Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengumpulkan senarai guru kerajaan serta swasta yang akan dimasukkan dalam senarai penerima program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada fasa kedua.

Diberi keutamaan kepada guru

Sekadar gambar hiasan

Menurut Menteri sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, senarai guru yang telah dikenal pasti tersebut akan diberikan tarikh temu janji untuk mendapatkan suntikan vaksin. Walau bagaimanapun, pemberian vaksin kepada golongan pendidikan itu sebenarnya bergantung kepada jumlah bekal semasa vaksin yang ada di negara kita.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) putuskan supaya guru diberi keutamaan seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan komorbid dalam PICK fasa kedua. Terdapat sekitar 500,000 guru di sektor swasta dan awam di seluruh negara.

Katanya, ia selaras dengan risiko kebarangkalian jangkitan yang berpunca daripada sekolah yang kini sudah mula dibuka di seluruh negara. Apabila bekalan vaksin mencukupi, pemberian vaksin akan dijalankan.

Seramai 54,537 guru yang di senarai dalam PICK fasa pertama kerana mempunyai penyakit kronik atau komobid, manakala seramai 11,902 sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin dan selebihnya akan menerima suntikan pada bulan ini.

Arahan penutupan sekolah akibat kemunculan kluster baru

Sekadar gambar hiasan

Akibat terdapat banyak kes di sekolah, sekolah di beberapa buah negeri telah diberi arahan untuk tutup. Semua sekolah di tujuh kawasan di kawasan negeri Kelantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu ditutup dan perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Manakala sekolah di Sarawak pula, sebanyak 18 daerah yang berada di zon merah telah diarahkan untuk tutup selama 14 hari.

Di Selangor, sebanyak 19 sekolah telah diarahkan untuk tutup ekoran daripada kemunculan kluster pendamik COVID-19. Tujuan penutupan sekolah-sekolah berkenaan adalah kerana untuk kerja-kerja pembasmian kuman serta aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×