berita

Kes Semakin Meningkat, Hospital Bersepadu MAEPS Bakal Beroperasi 24 Januari Ini

January 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Disebabkan bilangan kes pesakit positif Covid-19 saban hari semakin meningkat, Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang akan mula beroperasi pada 24 Januari 2021 ini.

Memetik laporan Harian Metro, hospital tersebut akan beroperasi bagi merawat pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan rapi.

Menyediakan fasiliti yang sama

Tambah Menteri Kesihatan itu lagi, strategi tersebut adalah bertujuan bagi merawat kes-kes pesakit positif Covid-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 untuk kategori satu dan dua yang tiba-tiba ke kategori tiga atau empat dan lima.

Hospital berkenaan menyediakan fasiliti yang sama di hospital lain seperti peralatan tekanan darah dan negative pressure tent. Selain itu, ianya juga menempatkan 30 katil bagi kategori tiga dan empat dan di luar dewan sebuah khemah untuk transit Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 10 katil tersedia.

Diteliti rapi

Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan persiapan untuk Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia itu sudah diteliti rapi sebelum menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 di sana.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan meningkatkan jumlah petugas di sini termasuk pakar penyakit berjangkit dan intensivis yang boleh mengendalikan kes Covid-19 yang lebih kompleks dan membabitkan rawatan rapi.

Saya sudah meninjau tempat baharu yang hendak diisi dan tempatnya adalah kondusif kerana persiapan begitu teliti dan rapi termasuk juga tempat khas untuk keluarga yang positif Covid-19.

PKRC MAEPS 2.0 juga akan menerima pesakit Covid-19 kategori satu dan dua yang sudah sembuh daripada kategori tiga, empat dan lima yang dirawat di hospital Covid-19 selain pesakit dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

CAC bakal ditubuhkan di setiap daerah

Dr Adham Baba turut berkata Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bakal ditubuhkan di setiap daerah di seluruh negeri.

Mereka yang asimptomatik dan mempunyai tempat untuk diasingkan di dalam rumah akan dipertimbangkan. Sekiranya datang dari rumah sempit dan sesak serta mempunyai penyakit sampingan, kami tidak benarkan dan perlu ke hospital.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×