
Usahawan Madammu, kesal dengan segelintir warganet yang mendakwa anaknya, Ahmad Kayden penghidap autisme.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Pernah Kemurungan Akibat Kata-Kata Kesat Guru – ‘Jangan Nak Cemar Nama Baik Sekolah, Kau Tu Budak Kampung’
Bukan autisme
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid itu meluahkan rasa simpati dengan cahaya matanya berikutan dakwaan tersebut.
Menurut Madammu, Kayden tidak pernah didiagnosis sebagai autisme malah dia adalah seorang kanak-kanak yang sangat responsif.
Kesian adik (Kayden), belum apa-apa lagi netizen dah diagnosis autisme.
Doktor pun belum boleh diagnosis lagi autisme pada usia setahun dua ini.
Anak saya ini sangat memberikan respon, panggil nama dia terus datang dan beri eye contact.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 35 tahun tersebut memaklumkan bahawa Kayden sering dibawa untuk melakukan pemeriksaan bersama doktor pakar.
Setiap sebulan atau dua bulan, Kayden akan berjumpa dengan doktor pakar dia.
Doktor itu adalah seorang pakar kanak-kanak..katanya perkembangan Kayden on track dan sihat. Punyalah mahal saya bayar doktor itu, netizen pula kata autisme.
Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata, tindak balas yang ditunjukkan oleh Kayden adalah sama seperti kanak-kanak seusianya, mereka malah turut berkongsi tentang perkembangan anak-anak mereka.
Dalam masa yang sama, warganet juga menasihati Madammu supaya tidak terlalu mendedahkan tentang anak-anaknya di media sosial supaya terhindar daripada menjadi bahan bualan.
Sumber: TikTok








