
Usahawan terkenal Madammu, meluahkan rasa kurang senang berikutan terdapat segelintir warganet yang mempertikaikan tentang sambutan hari lahir anaknya, Kayden.
Artikel Berkaitan: ‘Berdosa Ke Saya Lahirkan Anak?’ – Madammu Kecewa Dituduh Pilih Kasih Terhadap Anak Tiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’
Kayden berhak
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid menegaskan dia tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak kandung dengan anak-anak tiri.
Kesian dekat Kayden, dia baru nak merasa dunia. Kenapa semua nak mempertikaikan..kenapa waktu Zahara, Qally, Ahmadhi tak ada yang nak pertikaikan?
Kayden berhak dapat semua itu, saya ini ibunya. Saya kerja kuat untuk anak-anak saya.
Sebenarnya Ahmadhi lagi banyak barang berjenama berbanding dengan Kayden, sebab saya dah belajar dari pengalaman lepas.
Pilihan sendiri
Dalam pada itu, Madammu menjelaskan bahawa anak-anak tirinya yang sudah berganjak usia remaja lebih memilih untuk menyambut hari lahir mereka secara sederhana.
Bila mereka sudah besar, mereka ada pilihan sendiri. Contohnya Ahmadi dah masuk umur 12 tahun, dia nak raikan hari lahir dengan kawan-kawan. Kalau kakak-kakaknya pula suka pergi makan malam dengan keluarga.
Majlis makan malam pun mahal juga.
Dulu masa sambut hari lahir mereka siap buat tempahan t-shirt, satu theme park kami sewa. Tapi bila besar mereka dah tak nak macam tu, mereka nak sambut dengan makan malam bersama keluarga dan kawan-kawan sahaja.
Sebenarnya masa umur seperti Kayden ini sahaja kita dapat raikan mereka ikut pilihan kita, nanti bila dah besar lain pula keinginan dia.
Sampai besar akan ada yang buat perbandingan antara mereka adik beradik.
Sekadar info, pada 9 Jun 2023, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga pada 2015 bersama, Muhammad Azri Che Noh iaitu seorang duda yang memiliki tiga orang anak.
Sumber: TikTok