Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di hampir semua negeri di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan semua sekolah akan terus ditutup sehingga tahun depan. Meskipun sekolah sudah ditutup, pembelajaran secara atas talian masih diteruskan oleh para guru dan juga para pelajar.
Di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Nuha, berkongsi kisah mengenai bapanya yang hanya menghadap komputer riba tanpa ada seorang pun pelajarnya yang memasuki kelas online yang diadakan.
Matikan telefon
Menurut Nuha, setiap hari bapanya akan menghubungi semua pelajar untuk memberitahu bahawa mereka mempunyai kelas online. Namun, panggilan tersebut tidak dijawab oleh anak muridnya. Lebih menyedihkan, mereka akan mematikan telefon bimbit sekiranya hari tersebut mempunyai kelas.
Nuha turut meluahkan perasaan kasihan melihat bapanya yang sentiasa menunggu murid-murid. Bagi menghiburkan hati bapanya, Nuha telah mendaftar masuk kelas online tersebut.
Dia jadi nak menangis
Tweet Nuha ternyata menjadi viral sehinggakan ada beberapa individu turut masuk ke google meet kelas bapanya. Ucapan terima kasih kerana menggembirakan hati insan yang disayanginya itu turut diucapkan oleh Nuha buat mereka yang mengikuti kelas online tersebut.
Biadap student zaman sekarang
Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan geram sebaik sahaja mengetahui perangai sebenar pelajar zaman sekarang. Menurut netizen, pelajar zaman sekarang perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.
Sumber: Nuha