berita

‘Kesiannya Adik-Adik Terpaksa Bawa Beg Ada Gambar Muka..’

January 8th, 2019 | by faris
Kini Trending

Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Namun bagaimana pula apabila pemberian itu dipersoal keikhlasannya kerana tindakan pemberi itu sendiri?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli dikecam teruk kerana menyampaikan sumbangan beg sekolah dengan cetakan wajahnya, viral di laman sosial.

‘Kesian adik-adik kita’

Antara yang meluahkan kekecewaan dengan tindakan itu adalah ADUN Ketari, Syefura Othman menerusi Twitternya. Syefura berkata dia kasihan dengan kanak-kanak penerima beg berkenaan yang kebiasaannya mempunyai karakter kartun, namun diletakkan gambar wakil rakyat berkenaan.

Tak sangka beg sekolah ada gambar Adun

Tak kisah kena kecam

Mohd Shaid berkata, mencetak gambarnya pada beg berkenaan bukan satu kesalahan. Tambahnya, sebanyak 1,000 unit beg sekolah itu ditempah dari China dan sepatutnya menggunakan lakaran karikatur dan bukan gambar sebenarnya.

Benda sudah jadi, saya pun tidak sangka mereka akan menggunakan gambar sebenar saya, bagaimanapun saya rasa ia bukan satu kesalahan.

Apa yang penting, maklum balas ibu bapa dan murid yang menerima bantuan berkenaan positif kerana mereka amat memerlukannya dan pada minggu hadapan saya akan serahkan bantuan pakaian sekolah pula.

Ujarnya lagi, dia tidak kisah menerima kecaman kerana niatnya baik untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sumber: Berita Harian, Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×