
Anggota kumpulan Senario, Ilya Buang, berkongsi perasaannya tentang cabaran yang dihadapi ketika membuat persembahan bersama rakan-rakannya, terutamanya apabila usia semakin meningkat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Sangat Bila Kami Semua Sudah Tiada, Nama Kami Disebut Sebagai Satu Lagenda’ – Azlee Senario
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Waktu Itu Saya Dah Mengucap’ – Azlee Dedah Jantung Macam Dipukul, Ingatkan Pedih Ulu Hati
Rasa terpinggir

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ilya Buang Shaharum, 58, mengakui faktor kesihatan membuatkannya berasa terpinggir kerana fizikalnya tidak lagi cergas seperti dahulu.
Kata Ilya, kini dia lebih berhati-hati, dan sikap itu kadangkala membuatnya terasa semakin jauh daripada rentak asal kumpulannya.
Bila nak buat persembahan itu kadang-kadang risau sebab saya tidak selincah mereka.
Kadang-kadang saya rasa terasing sebab ada persembahan yang mereka tidak undang saya tetapi saya tidak kisah.
Bila usia sudah meningkat, macam-macam persoalan yang timbul. Saya selalu tanya diri sendiri, ‘sesuai ke buat lawak macam ini?’
Semasa anak saya kecil dan bersekolah, saya rasa terfikir kalau buat sesuatu yang memalukan ia akan dibawa sampai ke sekolah.
Bila orang bercerita kadang-kadang anak-anak ada rasa malu. Bila usia macam ini, saya rasa ada perkara yang tidak sesuai untuk persembahkan pada orang ramai.
Ilya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun pada Selasa.
Bagaimanapun, Ilya berkata dia berusaha mendapatkan semula rentak asalnya, dan dorongan daripada rakan-rakan menjadi sumber semangat buat dirinya.
Kadang-kadang saya terlalu berhati-hati, sebab itu saya rasa terpinggir. Tapi saya cuba dapatkan kembali rentak Senario dulu.
Saya sendiri yang rasa macam itu sebab saya sudah tidak lincah.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)