Siapa yang tidak kenal chef selebriti berasal dari Turkey, Chef Burak Özdemir atau lebih dikenali sebagai CZN Burak yang popular di media sosial kerana gemar memasak hidangan bersaiz besar sambil tersenyum di hadapan kamera.
Chef CZN Burak hidap tumor otak
Baru-baru ini, Chef CZN Burak telah mengejutkan ramai peminatnya apabila dia dikhabarkan menghidap tumor otak. Dalam pada itu, chef terkenal ini juga memuat naik video yang memperlihatkan dirinya sedang baring sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.
Di dalam video berkenaan turut kelihatan berat badan Burak semakin susut dan wajahnya tidak ceria seperti selalu. Namun apa yang lebih merisaukan peminat adalah kapsyen yang tulis olehnya itu seolah-olah dia menitipkan pesanan terakhir.
Andai anda kehilangan saya suatu hati nanti, ingat lah saya dengan melihat semua kebaikan, kerja kebajikan serta video-video memasak yang pernah saya buat sebelum ini.
Susulan daripada itu, dia meminta orang ramai mendoakan agar pembedahannya berjalan dengan lancar. Malah di Facebook, komuniti Muslim turut memuatkan naik hantaran ‘Tolong doakan untuk saudara kami Burak Özdemir yang menghidap tumor otak’.
‘Andai anda kehilangan saya suatu hari nanti’
@cznburak??????? orijinal ses – ?????
@cznburak?????????? follow me – paidaly.zat
Walau bagaimanapun, hasil pemerhatian OhBulan! chef berusia 26 tahun itu dilihat sudah keluar daripada hospital dan melakukan semula aktiviti memasak di media sosial seperti biasa.