berita

Kesilapan Besar Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Adalah Dengan Memberikan Mereka Tab & Telefon Pintar

October 23rd, 2018 | by Wan
Kini Trending

Untuk mengelakkan anak daripada terus meragam, ramai ibu bapa mengambil ‘jalan pintas’ dengan memberikan gadjet seperti telefon pintar dan tablet bagi mententeramkan mereka.

Kebiasaaannya ‘taktik’ ini akan berjaya namun sedarkan anda ianya merupakan satu tabiat yang perlu dielakkan?

Tersalah percaturan

Kesilapan besar saya dalam mendidik anak adalah dengan memberikan dia TABLET (TAB). Ketika itu anak saya Muhammad Jibriel Emand baru berusia setahun setengah. Tujuan awal “kononnya” supaya dia :

1) Mudah mengenal huruf dan belajar melalui software interaktif pintar yang menarik dan menyeronokkan;

2) Emand ini sub-modality nya adalah “kinestetik” iaitu jenis anak sangat sangat lincah, aktif dan memang langsung tak boleh duduk diam. Maka dengan adanya TAB, dunia dilihat menjadi aman seketika kerena dia leka bermain TAB tersebut (terutamanya di meja makan);

Pada usia beliau 3 tahun, dia sudah boleh men “download” game-game yang beliau suka dan dengan jarinya yang kecil itu dia sudah mampu untuk “create new folder” bagi mengisi game baru yang telah dimuatnaik.

Sewaktu umur beliau 4 tahun, dia sudah bermain “Zombie Plant” pada “level” yang tinggi. Beliau akan menjadi “tutor” kepada ibunya bagaimana cara bermain dengan betul. Sebelum bermain dilevel yang lebih tinggi, Emand akan belajar dulu teknik-teknik baru melalui “You Tube” yang kami sendiri pun tak tahu masa bila dan macamana dia boleh tahu tentang “You tube” tu.

Pada usia 6 tahun, beliau mula bermain “strategic war game” yang “complicated” dan tahu sangat banyak terminology gamers yang ada.

Adakah ini suatu pencapaian yang dibanggakan ?
TIDAK !

Main hingga lewat malam

Suatu malam saya terjaga sekitar jam 2 pagi untuk ke tandas dan sangat terkejut apabila dia begitu asyik bermain gamenya didalam kegelapan bilik tidur !.

Selain itu kami juga menyedari perkara-perkara berikut :

1) Dia menjadi sangat tidak sabar bila apa yang diingini tidak kesampaian. Dalam game atau alam maya nak dapat sesuatu cepat dan senang, jadi di alam sebenar juga bagi dia harus begitu.

2) Watak anak yang ceria, aktif dan menghiburkan tiba-tiba berubah menjadi watak pemalu dan tidak suka bergaul. Dia sudah mula masuk dalam dunia game beliau dan terasa kekok bila berdepan dengan manusia lain;

3) Emand menjadi mudah sangat nak merajuk dan terasa hati serta mudah menangis. Anak-anak yang kurang bersentuhan dan berinteraktif dengan orang lain akan terasa seperti dipulau dan tidak disayangi.

4) Wataknya mudah bertukar agresif dan memukul ibunya jika tidak mendapat apa yang dipinta. Kalau ingin menang dalam game, anda harus membunuh musuh atau halangan anda dan mengambil apa yang anda inginkan. MAKA itulah yang dia buat.

5) Ujian mata yang dibuat di sekolah tadika beliau menunjukkan tanda-tanda rabun sedang berlaku.

Melihat kepada perkembangan yang menakutkan ini, kami telah mencuba banyak cara dan apa yang paling jelas adalah, kami MESTI mengurangkan masa yang diambil untuk bermain game-game kesukaanya .

Tukar rutin

Antara langkah yang kami diambil adalah :

1) Hanya 5 minit siang dan 5 minit malam untuk bermain. Jika dia melanggar lebih dari 5 minit maka dia akan kehilangan masa bermain selama 3 hari. 1 hari tanpa handphone atau tab cukup memberi sengsara bagi hidupnya.

2) Aktiviti luar yang lebih banyak. Emand dibawa lebih kerap untuk berbasikal, melakukan aktiviti luar yang lebih lasak dan dihantar ke program “survival” agar dia kembali berkomunikasi dengan orang lain.

3) Dia dihantar menjalani latihan karate supaya bila badannya letih keinginan nak bermain game itu sedikit berkurangan.

4) Saya gunakan sifatnya yang semulajadi aktif dengan menambah aktiviti yang lebih mencabar seperti berlumba dilitar motocross pada usia beliau 5 tahun sehinggalah sekarang.

5) Beliau juga tahu jika disekolah terdapat sebarang aduan dari guru atau markah peperiksaan beliau jatuh ke gred C, maka beliau akan kehilangan peluang bermain game selama 2 bulan.

6) Kami berikan dia LEGO yang dia suka bagi mengisi masa lapangnya. LEGO adalah gaming yang sangat baik untuk ransangan minda dan kreativiti. Tahap kesukaran LEGO itu saya tambah pada setiap binaan yang telah lengkap.

Alhamdulillah terdapat banyak peningkatan yang berlaku namun apa yang berlaku pada Emand terjadi pada ramai anak-anak kecil yang lain.

Teknologi sepatutnya membawa kemajuan dan peningkatan mutu hidup NAMUN, ia misti dikawal dan digunakan sesuai pada umur dan masa. Jangan diulangi kesilapan saya.

Jangan sammpai anak-anak anda ketagihan bermain TAB dan GADGET hingga menjahanamkan mata, otaknya dan yang paling bahaya adalah jiwanya.

Biarlah dia menangis dimeja makan, biarlah dia berlari di Shopping Mall, biarlah dia menjerit dan meraung sekuat hati didalam kereta sewaktu anda sedang memandu kerana semuanya itu hanya seketika. Itulah masa yang paling manis dan indah ketika dia masih kecil dan akan menjadi saat yang akan dirindui.

Usah kerana inginkan anak itu tenang dan terkawal maka TAB itu dihulurkan, takut- takut nanti kita pulak yang tak akan senang dan gulana sampai ke mati.

Sumber: Syamsul Rijal Jamil

SKIP THIS AD ×