berita

Ketahui Dengan Lebih Lanjut Mengenai Pelan Kos Sara Hidup Di SCOL 2023 Pada 28-29 November Ini Di Putrajaya!

November 28th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai Pelan Kos Sara Hidup 2023 di Simposium Kos Sara Hidup 2023 atau lebih dikenali sebagai SCOL 2023 pada 28 dan 29 November 2023 ni!

Bertempat di IOI Grand, Exhibition & Convention Centre di IOI City Mall, Putrajaya korang berpeluang untuk mendengar sendiri pelbagai sesi perbincangan di antara panel-panel terhormat.

SCOL 2023 ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh dan menyelaras strategi kos sara hidup!

Selain daripada itu, SCOL 2023 juga diadakan bagi mewujudkan platform untuk membincangkan isu berkaitan kos sara hidup secara terbuka dan berskala besar.

SCOL 2023 ini akan dirasmikan oleh Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali Mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengarah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Atan Sapian.

Isu harga barang, subsidi serta tujuh kluster NACCOL antara topik yang akan dibincangkan

Membawa tema “Menangani Kos Sara Hidup Tanggungjawab Bersama”, isu-isu seperti perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti, kesihatan, makanan, dan pendapatan akan menjadi fokus perbincangan.

Menerusi temu bual dalam program Jendela Fikir, Atan berkata tema tersebut juga bertujuan untuk menerapkan prinsip kesejahteraan yang bersandarkan prinsip ihsan dalam Teras Malaysia MADANI.

SCOL 2023 akan diadakan secara fizikal serta dalam talian! 

Jangan risau kalau tak sempat datang, korang juga boleh join secara atas talian melalui laman Facebook rasmi KPDN dan YouTube rasmi SCOL KPDN. Melalui platform-platform ni korang boleh terus beri komen dan pandangan mengenai isu kos sara hidup!

SCOL 2023 juga menyasarkan kehadiran 400 peserta dari pelbagai sektor seperti penggubal undang-undang, kementerian, agensi berkaitan, pertubuhan, institusi, badan bukan kerajaan (NGO), pemain industri, pakar bidang berkaitan, dan ketua komuniti.

Selain itu, korang juga boleh lihat sendiri pameran kos sara hidup atau “Gallery Walk” yang terbahagi kepada tiga segment iaitu pengenalan kepada kos sara hidup,inisiatif dan strategi kerajaan untuk menstabilkan kos sara hidup rakyat dan segmen terakhir, peranan serta tanggungjawab bersama.

Apa yang membuatkan karnival ni lagi best ialah, pengunjung yang hadir berpeluang untuk menebus e-dompet bernilai RM20! Tapi hanya untuk 500 orang pertama yang mengunjungi pameran Gallery Walk. So guys, kalau datang tu jangan lupa singgah Gallery Walk ok!

Pelajar sekolah yang nak berkongsi idea pun boleh!

SCOL juga akan menyediakan ruangan khusus untuk pengucapan awam iaitu “Speakers’ Corner” dimana pelajar sekolah dan universiti berpeluang untuk berkongsi idea dan pendapat mereka mengenai kos sara hidup.

Bagi yang berminat untuk join sesi perbincangan, korang boleh rujuk jadual di bawah: 

28 November 2023

11.04 AM – Kos Sara Hidup vs Kos Gaya Hidup

2.00 PM – Ukur Baju Di Badan Sendiri

3.40 PM – Peranan Dermawan Dalam Menangani Kos Sara Hidup

 

29 November 2023

9.30 AM – Peranan Masyarakat Menurut Perspektif Sosial Dan Agama

11.10 AM – Peranan Komuniti Perniagaan Dan Pengguna

2.00 PM – Peranan Media Dalam Advokasi

3.10 PM- Jaminan Perlindungan Sosial Pelengkap Subsidi Bersasar

Menarik kan semua topik yang akan dibincangkan? Korang jangan lupa hadir dan memeriahkan lagi karnival ni! Boleh pilih nak hadir secara fizikal atau pun atas talian. Untuk maklumat lanjut boleh ke www.kpdn.gov.my !

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×