berita

Ketahui Persiapan Sambutan Aidilfitri Di Asia Selatan

August 9th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Logo Unsung Places Raya (2)

Menyambut Hari Raya Aidilfitri di luar negara semestinya tidak sama seperti meraikannya di negara sendiri.

Jika di Malaysia, rakyatnya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan saling menghormati antara satu sama lain, namun begitu tidak di negara-negara lain.

Sempena Hari Raya ini, pihak TV3 bakal membawa sebuah dokumentari khas yang dikenali sebagai Unsung Places Echoes of Ummah Raya, di mana program tersebut bakal membawa penonton merentasi Asia Selatan ke Asia Tenggara, bagi mendekati setiap individu di sana dalam menyulam perasaan mereka menyambut Aidilfitri.

Menerusi dokumentari ini, terdapat pelbagai kupasan cerita menarik yang bakal dikongsikan kepada penonton setia TV3, antaranya adalah ketahui persiapan penduduk serta momen menarik rakyat negara tersebut ketika meraikan Aidilfitri.

Unsung Places

Raut wajah kanak-kanak di Asia Selatan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri

Dalam pada itu, dokumentari khas ini turut memberi fokus kepada identiti ummah yang bakal menceritakan tentang makna disebalik hari kemenangan menyambut Aidilfitri serta ketahui bagaimanakah gema Islam mampu dirasai di negara-negara lain meskipun mereka bergelar masyarakat minoriti.

Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan program istimewa Unsung Places Echoes of Ummah Raya yang bakal disiarkan selama 30 minit pada Hari Raya ketiga, tepat jam 7.30 petang, hanya di TV3.

SKIP THIS AD ×