berita

Ketandusan Idea, Christina Perri Hampir Putus Asa Hasilkan Lagu Baru Selepas Human

April 6th, 2014 | by Ai
Hollywood

Christina-Perri-Wide-Wallpaper

Nama Christina Perri mula melonjak naik dan dikenali selepas lagu ‘berhantu’ berjudul Jar Of Hearts digunakan di dalam rancangan So You Think You Can Dance pada tahun 2010.

Sejak dari itu, Perri mula mengembangkan bakat nyanyiannya dengan merakam beberapa buah lagu lain antaranya Distance, Arms dan A Thousand Years selain melancarkan album pertama, Lovestrong sekitar 2011.

Dan baru-baru ini, selepas Perri kembali dengan single Human yang sering diperdengarkan di corong-corong radio, ramai tak tahu bahawa penyanyi ini sebenarnya berdepan konflik sewaktu menghasilkan single kedua dalam pembikinan album keduanya.

Dari awal lagi, Perri telah bersetuju untuk menulis sendiri kesemua lagu di dalam album tersebut dan untuk menjadikan impiannya sebuah realiti, dia telah terlibat dengan 38 sesi penulisan dari Januari hingga Mei 2013.

bxR0RlF

Bagaimanapun beberapa hari sebelum sesi penulisannya berakhir, Perri menghadapi saat-saat sukar untuk menulis lagu akibat ketandusan idea hingga menyebabkannya putus asa.

Saya tahu bahawa sebagai penulis, akan ada beberapa karya yang tak menjadi sebelum kita betul-betul dapat menulis lagu yang baik. Tapi waktu malam terakhir, jam dah menunjukkan pukul 4 pagi dan saya mula rasa seolah-olah saya tak minat muzik lagi dan saya tak nak teruskan lagi. – Billboard

Ajaibnya, single kedua berjudul Burning Gold dapat dihasilkan dalam hanya 20 minit sahaja! Lagu tersebut membawa sedikit kelainan kepada Perri yang selama ini terkenal dengan muzik perlahan dan melankolik.

Untuk pengetahuan anda, Human dan Burning Gold akan dimuatkan dalam album Head Or Heart yang turut menampilkan 11 buah lagu lain.

Bagi yang belum berkesempatan mendengar Burning Gold di mana-mana, di bawah ini kami sertakan audio lagu berkenaan khas untuk anda. Enjoy!

SKIP THIS AD ×