berita

‘Ketika Buat Pengecaman Anak Sulung Saya Tadi, Wajahnya Tenang Seakan Sedang Tidur’

April 24th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bapa kepada arwah Pegawai Waran II Mohd Shahrizan iaitu Mohd Termizi berkata, dia reda dengan kejadian yang meragut nyawa anaknya itu. Ujar Termizi, anaknya ‘pergi’ ketika berkhidmat kepada negara.

Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas: Tular Status WhatsApp Komander Firdaus – ‘Berbahagialah, Aku Tidak Akan Menganggumu Lagi’

Artikel Berkaitan: [KEMAS KINI] Dua Helikopter Bertembung & Terhempas Di TLDM Lumut, 10 Mangsa Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas, Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

Wajah arwah tenang

Menurut Termizi, dia mendapat tahu mengenai berita tersebut daripada salah seorang anaknya sekitar jam 10 pagi.

Ketika membuat pengecaman anak sulung tadi saya lihat wajahnya tenang seakan seperti sedang tidur. Saya reda dengan kejadian itu dan dia pergi ketika berkhidmat kepada negara.

Dalam perjalanan itu saya dapat banyak panggilan telefon sebelum dimaklumkan yang anak sudah tiada. Memang sedih namun saya reda dengan kejadian itu apatah lagi anak ‘pergi’ ketika berkhidmat kepada negara.

Saya terima berita sedih itu dengan tenang kerana saya tahu kerja anak berisiko dan (sebagai manusia) kematian (berlaku) di mana saja.

Tambah Termizi,  dia tiba di Pangkalan TLDM pada 12 tengah hari sebelum dia dan waris mangsa lain diberikan taklimat berkaitan mengenai kejadian oleh pihak berkaitan.

Ujarnya lagi, menantunya yang juga isteri Mohd Shahrizan, Noor Ain Mohammad Ariffin, 41, dan tiga cucu berusia 15 hingga 21 tahun juga menerima kejadian itu dengan tenang.

Saya buat pengecaman anak dua kali di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut dan isteri juga (Hasnah Yasin, 67) juga ada bersama. Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur dan dimaklumkan arwah cedera di kaki dan tangan.

Berbicara lebih lanjut, Termizi menyifatkan pemergian Mohd Shahrizan sangat dirasai dan anaknya itu disifatkan seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat serta disenangi semua keluarga.

Arwah juga selalu ziarah kami di rumah dan kali terakhir saya jumpa Mohd Shahrizan pada Sabtu lalu. Ketika itu kami bersembang seperti biasa dan dia juga tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Dia juga rapat dengan saya dan isteri.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×