berita

‘Ketika Itu Saya Terlampau Marah & Rindu Pada Anak-anak’- Bekas Suami ‘Atol Mokcun’

July 18th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lalu, viral di laman sosial media apabila video dimuat naik Aizad menunjukkan dirinya bertengkar dengan Balkiysh di lokasi awam. Melalui rakaman itu, Aizad dilihat memegang dokumen dipercayai surat perintah mahkamah serta memohon pelakon wanita itu membenarkannya mengambil dua anak mereka.

Walaubagaimanapun, permintaan Aizad ditolak Balkisyh hingga kedua-dua mereka bertengkar. Berhubung isu tersebut, Aizad tampil memberi penjelasan bagi pihaknya.

‘Saya rindukan momen bermain dengan mereka..’

Bekas suami pelakon, Balkisyh Semundur Khan mendakwa sudah hampir setahun tidak dapat bersama dengan dua anak mereka, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4, sedangkan Mahkamah Syariah sudah memberi kebenaran kepadanya untuk berbuat demikian.

Tolong jangan pisahkan saya dengan anak-anak.

Saya tak faham kenapa Balkisyh tidak benarkan saya tengok anak-anak sedangkan mahkamah sudah benarkan.

Saya rindukan momen bermain dengan mereka, pergi menonton filem dan makan aiskrim bersama.

Jika tak mahu saya bawa pulang ke rumah, dapat berjumpa sekejap dan peluk mereka pun saya bersyukur.

Akui kesilapan, tidak berniat ingin memalukan diri dan Balkisyh

Menerusi BH Online, bila ditanya mengapa Aizad memuat naik rakaman video itu, dia akui tidak sepatutnya bertindak mengikut perasaan kerana ia secara tidak langsung memalukan diri, Balkisyh dan keluarga. Dengan cara itu, Aizad merasakan ia langkah terbaik untuk memberinya peluang untuk berjumpa Qalesya dan Qaisyh.

Memang benar, salah saya memuatnaik video itu di Facebook (FB) hingga tular.

Tetapi, saya seorang manusia, ketika itu saya terlampau marah dan rindu pada anak-anak. Saya yang meminta rakan merakam video ketika kami berbalah pada pertemuan, Jumaat lalu.

‘Saya menanti agar Balkisyh terbuka hati menemukan saya dengan anak-anak..’

Aizad turut berkata, dia pergi ke sekolah anak dengan harapan agar dia dapat membawanya pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu yang merindui mereka. Aizad juga mendakwa sebelum ini, dia hanya mampu melihat anak-anak dari jauh sahaja.

Saya datang dengan surat mahkamah dan menyangka boleh bawa anak-anak pulang ke kampung berjumpa ibu yang merindui mereka… Dapatlah kami makan durian bersama-sama.

Namun, lain pula jadinya apabila Balkisyh bertindak kasar dengan saya. Kalau bencikan saya, tolonglah jangan libatkan anak-anak.

Buat masa ini, saya menanti agar Balkisyh terbuka hati menemukan saya dengan anak-anak.

Bayangkan, sampaikan saya perlu ‘curi-curi’ tengok anak-anak saya ketika Balkisyh tidak bersama mereka. Ada masanya juga, saya hanya mampu tengok mereka dari jauh.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×