Setelah 25 tahun hidup bersama sebagai suami isteri, isteri kepada Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina mengumumkan bahawa mereka sudah bercerai.
Sah bercerai
Menurut Maria mereka telah sah bercerai sejak bulan April yang lalu. Tambah Maria, kehidupan rumah tangga mereka diuji sewaktu pandemik sehingga mencetuskan salah faham sekaligus menjadi punca kepada perceraian.
Hanya tinggal beberapa bulan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami, saya dan Afdlin membuat keputusan bahawa kami akhirnya mengumumkan bercerai. Keputusan kami dibuat agak pantas mungkin kerana tidak dapat dielakkan. Kami tidak bermusuh dalam pengakhiran hubungan kami. Kami bagitahu sekarang sebab tempoh iddah saya dah tamat.
Mengulas lebih lanjut, Maria berkata hidup mereka berjalan dengan sempurna sambil melihat anak-anak membesar menjadi insan yang mula bertanggungjawab terhadap kehidupan masing-masing dan menjadi satu pasukan dalam mengembangkan syarikat. Kata Maria lagi, perpisahan ini berlaku secara berperingkat apabila mereka membuat keputusan peribadi.
Ketika pandemik, kehidupan saya dan Afdlin mula berubah. Meskipun kami cuba untuk mendapatkan kembali kehidupan yang normal, namun tidak berjaya apabila masing-masing mengambil keputusan untuk membuat hal sendiri.
Suami yang bertanggungjawab
Di samping itu, Maria turut memberitahu tanggungjawabnya bersama Afdlin dalam membesarkan anak-anak masih diteruskan dan perpisahan itu bukanlah penyebab untuk mereka tidak menyokong antara satu sama lain.
Kami masih ibu bapa kepada anak-anak kami. Kami percaya boleh menyayangi mereka seperti keluarga normal. Perpisahan kami bukanlah satu kemusnahan di dalam hubungan, sebaliknya kami masih boleh berkawan baik dalam meneruskan kehidupan peribadi masing-masing.
Justeru, Maria berharap keluarga dan kenalan rapat jangan bersedih mengenai perpisahan mereka. Sebaliknya, berdoa yang baik buat mereka selepas ini.
Sumber: Maria