Lakukan langkahan terbaik dengan wangian yang kekal sehingga beberapa jam semasa anda berada diluar. Kesegaran yang berpanjangan pasti memberikan anda keyakinan dalam melakukan aktiviti dan tugasan. Terdapat beberapa simbahan haruman yang mampu memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam kehidupan seharian.
Obsession Night by Calvin Klein
Salah satu wangian timur yang amat menyegarkan si pemakai telah dilancarkan dalam tahun 1985. Haruman wangian daripada Obsesi Calvin Klein telah memberikan aroma keghairahan dengan intipati mandarin, bergamot, dan peach. Simbahan wangian daripada obsesi ini diselubungi dengan bayangan lemon, jasmine dan oak moss.
Wangian ini merupakan haruman yang mengetengahkan nilai seksi, berahi dan kekal berpanjangan. Pasti minyak wangi ini sesuai bagi si cantik yang mementingkan sensai keharuman yang seksi.
Emporio Armani Night for Her by Armani
Mengetengahkan keharuman timur dengan bau-bauan vanilla. Ini adalah salah satu haruman menggoda dengan intipatinya yang misteri. Selain baunya yang menggiurkan, ianya juga mampu membangkitkan unsur berahi. Haruman kewangian ini dirumus khas daripada black currant, cranberry, cassia, hawthorn and bergamot, middle notes are peony, cyclamen, magnolia, orchid, freesia, jasmine, lily-of-the-valley, base notes are myrtle, sandalwood, patchouli dan white musk. Haruman ini mampu menciptakan nilai keseksian dan menawan si pemakai.
Romance by Ralph Lauren
Mungkin ramai akan bersetuju dan percaya bahawa aroma asmara wangian Ralph Lauren mampu memberi unsur berahi kepada si pemakai. Wangian ini semakin popular dikalangan wanita, ini kerana ianya mewujudkan nilai ultra feminin kepada personaliti si cantik. Haruman wangian ini dihasilkan sejak tahun 1998, ini membuktikan bahwa haruman ini cukup popular dengan intipatinya yang teristimewa. Dengan sensasi keharuman baru, feminine, dan berbunga ianya memberikan intipati berahi bauan kayu seperti extravagant floral dan seductive musk. Intipatinya dirumus khas hasil campuran fresh rose, ginger, marigold, violet, oak moss dan musk.