Bekas ketua kampung di sebuah perkampungan di Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki menyeleweng dana penduduk kampung berjumlah RM304,000.
Seleweng duit orang kampung
Wang tersebut diseleweng oleh Alkani sejak tahun 2015 lagi iaitu sepanjang dia memegang jawatan sebagai ketua kampung. Menurut sumber, dana berjumlah RM304k itu sepatutnya digunakan untuk melakukan projek khas di kampung terbabit tetapi Alkani membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan peribadinya.
Difahamkan, projek tersebut berjalan seperti dalam perancangan tetapi kos yang digunakan tidak selari dengan kertas kerja. Rupa-rupanya, Alkani telah memalsukan maklumat dalam laporan audit.
Ada dakwaan mengatakan bahawa sebahagian wang yang diseleweng itu digunakan Alkani untuk menikahi isteri keempatnya dan menyara kehidupan empat isteri dan 20 orang anaknya.
Pihak berkuasa juga sudah mengumpul bahan bukti dan Alkani telah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Medan Tribunnews