berita

Ketua Pakar Ekonomi Jelas Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Diurus Dengan Baik, Dapat Baiki Kedudukan Ekonomi Negara

November 8th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Mula berkhidmat sejak Ogos 2021 sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9, pentadbiran pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat berjaya mengekalkan kestabilan makroekonomi, justeru membawa negara ke landasan yang betul bagi mencapai hasil ekonomi, jelas Ketua Pakar Ekonomi Global Juwai IQI, Shan Saeed.

Ia juga jelas menunjukkan bahawa inisiatif yang diambil oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri telah menghasilkan kesan positif dengan peningkatan tahap pendapatan negara.

Dengan mengekalkan kestabilan makroekonomi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka mencapai AS$370 billion menjelang Disember 2022.

Ekonomi telah diurus dengan baik

Kredit: The Nusantara Daily

Tambah Shan lagi, masalah struktur dan taktikal adalah bukan perkara baru dan perkara biasa dalam setiap perkara ekonomi.

“Belanjawan dan peruntukan adalah dibentangkan mengikut keperluan pihak berkepentingan dan pandangan ekonomi. Ini disukai penganalisis dan pelabur, bukan janji kosong,” katanya.

“Kami di IQI Global menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang antara 6.5 dan 7% pada 2022,” jelas Shan. Ini berdasarkan premis bahawa kestabilan makroekonomi, permintaan dalam negeri dan angka perdagangan yang baik sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Jelasnya lagi, ini membuktikan bahawa ekonomi telah diurus dengan baik seterusnya dapat memperbaiki kedudukan ekonomi negara dan memastikan tenaga buruh bermotivasi untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk tahap pendapatan yang lebih tinggi.

Kerajaan yang stabil dan cekal merangka dasar kerja beri kelebihan besar kepada kerajaan

Shan juga menjangka Malaysia akan terus kekal dalam radar pelabur global, tenaga buruh yang produktif dan insfrastruktur yang stabil serta kesinambungan pentadbiran yang stabil.

Walaupun sebelum ini terdapat pelbagai pihak yang cuba mempertikai pencapaian Ismail Sabri ketika menyandang jawatan PM selama lebih setahun, namun Shan berkata bahawa BN yang dipimpin oleh UMNO telah mentadbir Malaysia dengan KDNK sentiasa berkembang.

“Apa yang saya ingat terdapat beberapa projek rakyat yang dilaksanakan Ismail Sabri semasa pentadbirannya.

Antara projek rakyat yang diusahakan termasuklah, projek pembangunan di pantai timur membabitkan pembinaan Jambatan Sungai Golok dan Pengkalan Kubor-Takbai (Kelantan), Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3, Terengganu) dan projek pelebaran Lebih Raya Kuantan Segamat, Fasa 2 (Pahang).

“Yang paling nyata, saya memerhati kejayaan yang telah dicapai Ismail Sabri semasa pentadbirannya ialah: Berjaya memberikan vaksin kepada orang ramai sehingga 98%.

“Selain mengekalkan kestabilan makroekonomi dengan pertumbuhan KDNK yang kukuh, Malaysia juga berjaya meningkatkan jumlah perdagangan melepasi RM1.5 trilion,” ujar Shan.

SKIP THIS AD ×