berita

Ketuk Pintu Rumah Orang Kampung Tengah Malam, Wanita Pakai Serba Putih Minta ‘Sesuatu’, Rupa-Rupanya…

May 18th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Misteri seorang wanita di Lampung, Indonesia berpakaian serba putih mengetuk pintu rumah penduduk akhirnya terjawab jua selepas wanita terbabit ditahan polis.

Ketuk pintu rumah penduduk

Gelagat wanita terbabit memakai purdah berwarna putih serta berkacamata hitam itu mengetuk pintu rumah penduduk sehingga tengah malam menjadi tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Pringsewu, Rio Cahyowidi, wanita berkenaan dikenali sebagai Nurhayati Sarni ditahan oleh pihak polis ketika berada di wilayah Sukoharjo dan dipercayai mempunyai masalah jiwa.

Kami sudah bercakap dengan wanita itu dan meminta ahli keluarganya untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Motif sebab nak bayar hutang

Disebabkan dia tidak mempunyai pekerjaan, wanita terbabit sanggup mengetuk pintu rumah penduduk demi meminta bantuan dari segi kewangan.

Difahamkan, motif wanita berkenaan meminta bantuan penduduk kampung di Gading Rejo dan Sukoharjo adalah kerana dia ingin melangsaikan hutangnya yang mencecah hampir 39 juta rupiah (RM11,700) menerusi 11 aplikasi pinjaman dalam talian.

Dia tak melakukan jenayah, tapi hanya menakutkan penduduk sebab dia berpakaian serba putih.

Wanita berkenaan dah minta maaf dan kita pun dah serahkan dia kepada ahli keluarganya.

Tampil mohon maaf

@mumtazuamodus baru? Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

@mumtazua Balas @fandudita ? Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Sumber : Tribunnews,mumtazua

SKIP THIS AD ×