berita

Keunikan Stail Rambut Katy Perry!

September 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Penampilan pelik, unik dan luar biasa dari hujung rambut sehingga hujung kaki menjadi keutamaan seoarang selebriti untuk memberikan imej yang lain daripada yang lain. Namun begitu, ianya masih menjadi imej yang cantik walaupun keterampilannya jarang sekali dilihat.

Fantasi semasa berada diluar galaksi boleh digambarkan tatkala melihat mahkota Katy Perry iaitu rambut dihiasi dengan pelbagai rona warna dan bentuk untuk menghasilkan personaliti yang hebat dan memukau.

Berikut merupakan rona warna dan reka bentuk rambut yang sering digunakan oleh penyanyi popular ini.

Biru, merupakan warna yang unik untuk diaplikasikan pada mahkota rambut. Jarang sekali melihat warna rambut sebegini digunakan oleh golongan wanita dalam bergaya. Seboleh-bolehnya, wanita akan menolak untuk mewarnakan rambut mereka dengan warna biru.

Tidak pula bagi Katy perry, beliau yang sering menampilkan imej segar dan menarik sentiasa menambat panahan mata yang memandang dengan rona warna lain daripada yang lain. Beliau juga berani mempertaruhkan mahkota rambutnya untuk diwarnakan bagi menghasilkan penampilan yang unik.

Selain terkenal dengan imej yang seksi, beliau juga terkenal dengan kemampuan vokal yang memukau. Seiring dengan itu, beliau juga menonjolkan imej personaliti yang luar biasa dengan menggunakan warna-warna yang terang.

Seperti juga rambut, beliau mengaplikasikan warna biru dan ungu untuk dikombinasikan menjadi satu warna pada rambut. Rambut panjang lurus dengan gabungan warna menampakkan imej beliau yang ceria dan funky.

Berikut merupakan foto-foto lain :

SKIP THIS AD ×