Siapa peminat Kepci tolong angkat tangan cepat!
Hemm…Min baru tersedar yang KFC rupanya dah 50 tahun bertapak di Malaysia eh.
Ehhhh…Jap kenapa ramai sangat orang pakai merchandise dari koleksi ‘Aku Budak Kepci’ ni? Aduuu FOMO lah macam ni!
Bukan nak cakap apalah tapi memang nice weh OOTD diaorang. Jealous lah pulak.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Min rasa masih sempat lagi kita nak dapatkan merchandise ni. Jom sama-sama bergaya dengan koleksi ini baru cool kan. Memang cun beb!
View this post on Instagram
Bagi meraikan tahun ke-50 di Malaysia, KFC telah berkolaborasi dengan kartunis dan jenama pakaian tempatan terkenal, Ujang dan Pestle & Mortar Clothing (PMC) untuk mengeluarkan koleksi eksklusif tau. Lain macam ni!
Nak tahu apa? Haaaa…Kena tunggu dan lihatlah. Heheh!
Kita sapot Lokal sampai bila-bila!
View this post on Instagram
Koleksi ‘Aku Budak Kepci’ ni telah berjaya dihasilkan melalui kolaborasi hebat KFC x Ujang x PMC weh. Sumpah swag habis!
Kita semua tahu yang design dari Ujang ni memang favorite budak-budak 90an, betul-betul mengimbau kenangan beb.
Tak tahu lah nak happy ke sedih, sebab koleksi ‘Aku Budak Kepci’ ni telah membuatkan ramai peminat kecewa termasuk diri min sendiri sebab tak sempat nak dapatkan apa-apa merchandise dari koleksi ni, ketika acara Kentucky Town, yang diadakan di Sunway Pyramid pada bulan Julai yang lalu.
Mampu tengok je!
APA! KFC keluarkan koleksi baru?
Punya lah ramai peminat yang luahkan rasa sedih mereka di media sosial sebab terlepas untuk dapatkan koleksi eksklusif yang lalu, KFC siap keluarkan balik beb. Sayang betul kat peminat dia!
Untuk koleksi eksklusif kali ini, KFC telah mengeluarkan :
- Kepci Reversible Bucket Hat
Reversible Bucket Hat ini menampilkan hasil karya yang comel dari Ujang, ada ayam goreng, Oyen pun ada sekali tau. Bukan setakat tu je, korang juga boleh menggayakannya dengan 2 gaya. Hanya RM29.90 untuk satu memang berbaloi sangat. Design pun memang ngam!
- 24K Gold Plated Zinc Enamel Pin
Korang pernah gayakan 24K Gold Plated Zinc Enamel Pin tak? Kalau tak, jom dapatkan aksesori dari KFC X UJANG X PMC EDISI TERHAD ni SEKARANG jugak. Korang boleh gayakannya di jacket, t-shirts, topi, bag atau dimana je korang nak. Satu RM15 je weh!
Amacam, menarik tak koleksi kali ni? Barang panas ni beb!
Tak sabarnya nak berOOTD dengan koleksi KFC X UJANG X PMC Edisi Terhad! Min akan pastikan kali ni min dapat beli kedua-dua merchandise ni.
Tunggu apa lagi, cepat ke KFC yang berhampiran dengan korang SEKARANG untuk dapatkannya sementara stok masih ada. Run besti run!
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari ke laman web rasmi KFC atau laman Facebook mereka.