berita

KFC Tampil Dengan Menu Baharu Zinger Surf ‘N’ Turf Burger, Hanya Dalam Masa Terhad!

September 22nd, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Siapa kat sini peminat KFC angkat tangan! Min pun tak terkecuali. Favourite min mestilah Zinger Burger ikonik dengan fillet ayam lazat. Perghhh..tertelan air liur dibuatnya!

Yang lagi buat min teruja adalah KFC ada menu baharu yang menggabungkan makanan darat dan makanan laut iaitu Zinger Surf ‘N’ Turf Burger. Wow, memang betul-betul cipta kelainan ni!

Zinger Surf ‘N’ Turf Burger, kombinasi sempurna untuk pencinta ayam dan makanan laut!

Kalau sebelum ni korang dapat nikmati kerangupan fillet ayam di dalam Zinger Burger kan, tapi dengan inovasi resepi terbaru KFC ni, korang akan dapat merasai keenakan Donut Udang! Fuh, betul-betul buat macam korang feeling macam kat tepi pantai.

Mana taknya, dengan gabungan roti ban bijan yang dibakar sempurna, salad segar, Zinger Fillet lazat, Donut Udang yang digoreng sehingga keemasan, disempurnakan lagi dengan Sos Mayonis Bawang Putih, perghhh memang setiap gigitan akan membuatkan korang jatuh cinta!

Dah tak sabar nak rasai kelazatan Zinger Surf ‘N’ Turf Burger ni?

Min tau, pasti ramai yang dah tak sabar nak cuba Zinger Surf ‘N’ Turf Burger ni kan? Haa..menu istimewa KFC ni tersedia ni dalam bentuk À La Carte, Kombo, Box Meal dan Buddy Meal yang memang sesuai dimakan pada bila-bila masa pun.

À La Carte

  • 1 Zinger Surf ‘N’ Turf Burger

Combo

  • 1 Zinger Surf ‘N’ Turf Burger
  • 1 fries (M)
  • 1 minuman berkarbonat (M)

Box Meal

  • 1 Zinger Surf ‘N’ Turf Burger
  • 1 ketul ayam goreng KFC (O.R. or H.S.)
  • 1 kentang putar (4oz)
  • 1 coleslaw (4oz)
  • 1 minuman berkarbonat (M)

Buddy Meal

  • 2 Zinger Surf ‘N’ Turf Burger
  • 2 ketul ayam goreng KFC (O.R. or H.S.)
  • 1 Cheezy Wedges (L)

Produk dan Kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.

Jadi apa tunggu lagi? Jom cepat-cepat ke KFC berdekatan korang untuk dapatkan Zinger Surf ‘N’ Turf Burger yang sedap hingga menjilat jari ni sebab ianya tersedia dalam masa yang terhad je tau. Kalau habis, tak dapat min nak tolong.

Korang juga boleh pesan secara online atau self collect melalui aplikasi KFC dan laman web mereka.

Belum ada aplikasi KFC? Muat turun aplikasi KFC di App Store atau Google Play. 

SKIP THIS AD ×