berita

Khabar Angin Berterusan Sampai Saya Tak Boleh Bernafas – Jep Sepahtu

May 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ABPBH2013LR-BACK-25

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, pasti terbayang lawak jenakanya yang bersahaja dan seringkali mencuit hati peminat. Betul tak?

Namun, anak kelahiran Johor ini seringkali dihambat kontroversi yang entah dari mana datangnya. Dari desas-desus Jep melangsungkan pertunangan hinggalah dia dikatakan menempelak peminat, semuanya dinafikan dan hanya khabar angin semata-mata.

Namun, Jep tak mudah melatah dan menganggap ianya sebagai asam garam bergelar anak seni.

ABPBH2013LR-853

Menurut Jep, apabila pelbagai gosip tersebar secara terus menerus, ia membuatkan dia berasa sedikit kurang senang.

Saya tak tahu kenapa gosip itu berterusan sampai saya tak boleh bernafas, ia datang secara terus menerus. Tetapi saya yakin jika kita tak buat salah, Insya Allah keadaan akan betul

Cuma bila jadi seperti itu saya tak ada sesiapa yang saya rasa nak beritahu & tak ada masa nak beritahu. Biarlah orang terdekat yang tahu dan kenal saya macam mana.

Ditanya bilakah jejaka ini akan menamatkan saman bujangnya, secara berseloroh Jep berkata dia turut merasakan tekanan tidak berkahwin dikala usia semakin meningkat.

Sebenarnya, bila gosip bertunang tu keluar, saya sangat mengaminkan. Saya rasa dah lewat sangat umur saya tak kahwin ni. Saya pun dah nak masuk 30-an masih tak kahwin pun panik juga.

Saya masih belum ada calon sebab saya bukan jenis yang mencari, kalau saya rasa berminat, orang tersebut boleh menghormati keluarga saya, faham saya bukan dari keluarga yang hebat, tenang dan memahami dah memadai sebenarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Jep sedang merakamkan sitkom Karoot Komedia musim baru bersama Zizan Razak, Eby Yus dan Datuk Siti Nurhaliza.

SKIP THIS AD ×