berita

Khabar Duka Sempena Hari Bapa, Wanita Jumpa Mayat Ayah Selepas Sebulan Cari

June 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Lebih sebulan tidak mendengar khabar berita mengenai ayah, seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Zubaidah terkejut apabila pihak polis memaklumkan mengenai penemuan mayat ayahnya. Menerusi laporan Berita Harian, mayat warga emas itu ditemui di tangga sebuah bangunan di Kota Bharu, semalam.

Jumpa sehari sebelum raya

Sekadar gambar hiasan

Lebih sebulan kami mencari ayah tetapi tiada khabar berita sehingga malam tadi saya dihubungi polis memaklumkan penemuan mayatnya. Sehari sebelum hari raya baru-baru ini saya ada jumpa dan memberitahu akan membawanya ke rumah pada pagi Aidilfitri.

Menurut Siti, dia mengajak arwah ayahnya untuk beraya bersama sehari sebelum Aidilfitri dan tidak menyangka hasratnya itu tidak berjaya apabila ayahnya hilang entah ke mana. Tambah Siti, arwah bapanya sering ke Kota Bharu serta hidup seperti gelandangan meskipun, sudah ditegur oleh anak-anak.

Keesokannya saya datang ke tempat yang dijanjikan, ayah tiada malah ada menghubungi beberapa rakannya namun mereka memberitahu tidak tahu ke mana arwah pergi. Saya segera membuat laporan polis dalam masa yang sama turut mencarinya tapi tidak ditemui sehinggalah malam tadi saya menerima panggilan telefon dari polis memberitahu penemuan mayat ayah.

Mayat ditemui oleh orang awam

Menurut pihak polis, mayat warga emas tersebut ditemui oleh orang awam di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Tengku Chik, lebih kurang pukul 6 petang semalam. Orang awam turut terhidu bau busuk di kawasan sekitar sebelum menemui mayat warga emas itu.

Kali terakhir berjumpa arwah kelihatan dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. Ketika diberitahu mengenai penemuan mayat ayah, saya hampir pengsan dan memberitahu polis mungkin mereka tersilap orang. Saya reda dengan takdir ini dan hasil bedah siasat yang dibuat mendapati ayah terkena serangan jantung.

Jelas orang awam, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tangga dan tanpa pakaian lengkap malah turut terdapat dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan serta sejumlah wang. Sebagai anak, Siti Zubaidah reda apabila diberitahu mengenai berita tersebut.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×