
Penyanyi Khai Bahar tidak menyangka diberi peluang untuk turut memeriahkan Karnival Kerjaya Pahang 1st yang bakal berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan, 26 September ini.
Lebih menarik, Khai bakal menghiburkan pengunjung menerusi Mini Konsert Khai Bahar & Haqiem Rusli pada acara berkenaan.
Artikel Berkaitan: Khai Bahar Tak Teruskan Saman, Dakwa Kenalan Rapat Sebar Fitnah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Ada Buat Salah, Itu Antara Saya Dengan Tuhan’ – Khai Bahar
‘Platform kerja’ – Khai Bahar

Bagi Khai, penganjuran karnival tersebut bukan sekadar menyediakan hiburan, malah menjadi platform buat masyarakat mendapatkan peluang pekerjaan serta pendedahan mengenai dunia kerjaya.
Karnival kerjaya merupakan satu usaha murni kerajaan Pahang dalam membantu rakyat Malaysia dengan cara memberi pendedahan dan ilmu dalam mengejar kerjaya yang diimpikan oleh seseorang.
Pelbagai ruang kerjaya untuk rakyat Pahang bertemu terus dengan majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, perhotelan, pembinaan, teknologi dan keusahawanan.
Malah, Khai turut meluahkan rasa teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara yang menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan menerusi sesi temu duga terbuka.
Khai berasa sangat berbesar hati diberi peluang hadir bersama-sama memeriahkan sebuah karnival yang membuka peluang lebih daripada 500 peluang pekerjaan, sambil dapat menghiburkan para tetamu yang hadir.
Selain peluang pekerjaan, karnival berkenaan turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan percuma untuk pengunjung termasuk Fun Run, Netball 3 On 3, e-Sport serta Supa Dupa Kanak-Kanak.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah menerusi cabutan bertuah bernilai RM20,000 termasuk motosikal, Smart TV dan jongkong emas.
Fikir masa depan

Sementara itu, ketika diminta berkongsi nasihat kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, Khai menyarankan agar setiap peluang yang diterima dipertimbangkan berdasarkan keadaan dan perancangan masing-masing.
Nasihat Khai agar orang ramai dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bersesuaian dengan keadaan semasa masing-masing dalam jangka masa terdekat dan jangka masa panjang ke hadapan.
Semoga impian semua menjadi kenyataan.
Jadi, selain boleh mencari peluang pekerjaan secara terus dengan majikan, pengunjung juga boleh luangkan masa bersama keluarga sambil beriadah dan menikmati persembahan daripada Khai serta Haqiem.
Karnival Kerjaya Pahang 1st dijangka berlangsung meriah pada 26 September ini di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan.








