berita

Khai Bahar Tak Selesa Dikaitkan Dengan Rakan Penyanyi Duet – ‘Tak Payahlah Kenen-Kenen’

May 20th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Penyanyi Khai Bahar mengakui dia kurang selesa apabila ada segelintir peminat suka mengaitkannya supaya betul-betul ‘bercinta’ dengan rakan penyanyi wanita yang berduet dengannya.

Mahu berbakti kepada ibu bapa dulu

Foto: Instagram Khai Bahar

Memetik laporan Harian Metro, Penyanyi dengan nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin itu berkata, perasaan cinta yang sebenar itu tidak boleh dipaksa-paksa. Malah, gandingan dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul juga hanya atas dasar kerja saja.

Saya sebenarnya kurang selesa apabila ada segelintir peminat yang suka kaitkan atau cuba ‘kenen-kenen’ saya untuk jatuh cinta betul-betul dengan rakan duet wanita seperti Aina. Di antara kami, selesa profesional dalam bekerja.

Lagipun, buat masa ini saya memang tidak terfikir langsung dan belum fikir nak bercinta atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita kerana ingin fokus membahagiakan ibu bapa saya di kampung.

Saya mahu berbakti dulu kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Apatah lagi, ibu bapa saya dah semakin berusia dan mereka juga sekarang kurang sihat. Jadi, saya mahu mengutamakan mereka dulu sebelum memikirkan soal cinta, kahwin dan pasangan hidup.

Menurut Khai, kalau dah sampai jodoh pasti tidak ke mana, namun kini dia bekerja gigih mencari rezeki untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarganya di kampung. Katanya, fokus utama kini memang kepada ibu bapa dan keluarga dulu.

Tak memilih untuk berduet

Foto: Instagram Khai Bahar

Berbicara juga mengenai Lia Aziz yang berduet dengannya untuk lagu Kaulah Syurga, Khai yang sebelum ini sudah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Nordiana dan Aina berkata, dia tidak memilih penyanyi untuk merakamkan lagu bersama.

Saya tak kisah pun bekerja dengan Lia walaupun dia penyanyi baru. Pada saya, Lia ada kelebihan tersendiri dari segi vokalnya. Malah, dia juga seorang pelajar jurusan muzik di universiti, manakala saya hanya bersandar sepenuhnya dengan bakat saja.

Tambah Khai, dia turut menimba ilmu berkaitan muzik dengan Lia dan mereka saling membantu. Mereka selesa berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa istilah ‘siapa menumpang populariti siapa’.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×